Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

80) TEBING SUNGAI ROSAK TERUK AKIBAT ALIRAN SUNGAI LIAM MELIMPAH

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) akan mengambil tindakan dengan kadar segera terhadap tebing sungai yang rosak teruk selepas hujan lebat menyebabkan aliran Sungai Liam (berdekatan Kampung Menyuruk, Batang Kali) melimpah ke kawasan sekitar dan putuskan jalan hubungan kepada penternak lembu dan ikan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya termasuk kos pembaikan tebing dan tarikh siap.

    Berdasarkan rekod JPS, kawasan yang terjejas adalah dibawah kawasan operasi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). JPS telah mengeluarkan surat ulasan teknikal memperbaharui permit cucigali bagi tahun 2021 pada 17 Mac 2021.Kelulusan jabatan adalah selama 1 tahun dari tarikh surat kelulusan tersebut dikeluarkan. Di dalam ulasan tersebut, JPS ada menyatakan bahawa pihak KSSB adalah bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan terhadap tebing sungai di atas tanggungan pemohon sendiri sepanjang operasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.