Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
75) TEBING SUNGAI KERLING HULU SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Status terkini kerja-kerja pembaikan di sepanjang tebing Sungai Kerling akibat daripada banjir yang melanda kawasan tersebut pada 16 Mei 2022.
Susulan daripada banjir yang melanda kawasan tebing Sungai Kerling Hulu Selangor pada 16 Mei 2022, sebanyak lima (5) kerja pembaikan tebing di sepanjang Sungai Kerling telah siap dilaksanakan.
-
Nyatakan kos anggaran dan tarikh siap kerja-kerja pembaikan tebing Sungai Kerling.
Jumlah kos bagi lima (5) kerja tersebut adalah sebanyak RM687,210.00 dengan menggunakan Peruntukan Pembangunan Persekutuan. Pecahan kos dan tarikh siap bagi lima (5) kerja tersebut adalah seperti berikut:-
Bil. Tajuk Kos
(RM)Tarikh Mula Tarikh Siap Status 1. Kerja-Kerja Program Pemuliharaan Benteng Sungai Kerling untuk Mengurangkan Risiko Banjir di Kg. Jawa dan Lain-lain Kerja Berkaitan, Mukim Kerling, Daerah Hulu Selangor 192,665.00 30.6.2022 22.9.2022 Siap 2. Kerja-Kerja Program Pemuliharaan Benteng Sungai Kerling untuk Mengurangkan Risiko Banjir di Kg. Pasir dan Lain-lain Kerja Berkaitan, Mukim Kerling, Daerah Hulu Selangor 192,125.00 30.6.2022 22.9.2022 Siap 3. Kerja-Kerja Memulih dan Menstabilkan Sungai Kerling di Taman Lembah Damai dan Lain-lain Kerja Berkaitan, Mukim Kerling, Daerah Hulu Selangor 149,950.00 1.8.2022 10.10.2022 Siap 4. Kerja-Kerja Mengorek dan Memulihkan Struktur Sungai Kerling dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Kampung Orang Asli, Mukim Kerling, Daerah Hulu Selangor 100,000.00 1.8.2022 10.10.2022 Siap 5. Kerja-Kerja Membaikpulih Tebing Sungai Kerling Berhadapan Kuil Arulmigu Serta Kerja Berkaitan di Mukim Kerling, Daerah Hulu Selangor, Selangor 52,470.00 5.10.2022 6.11.2022 Siap Jumlah 687,210.00 -
Adakah operasi pengeluaran pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd akan menjejaskan kerja-kerja pembaikan tebing Sg Kerling? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Tapak operasi cucigali pasir yang mula beroperasi pada 04 Disember 2009 telah diberhentikan pada 25 Mei 2022 setelah mendapat arahan daripada Pentadbir Daerah / Tanah Hulu Selangor bagi memberi laluan kerja – kerja pembaikan tebing Sungai Kerling oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor. Perkara yang sama juga telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) pada 13 September 2022. Operasi cucigali pasir sungai tidak menjejaskan tebing Sungai Kerling.