Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
226) TEBING JALAN ROSAK
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siapakah yang bertanggungjawab bagi membaiki tebing jalan kampung akibat dari kerja pembersihan kontraktor atau bencana alam?
Secara umumnya Jalan Kampung bukan di bawah kawalan JKR Selangor. Berdasarkan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS), Jalan Kampung adalah di bawah kawalan Pejabat Tanah / Daerah yang berkenaan.
-
Aduan laporan telah dibuat tapi lambat untuk diambil tindakan. Berapa banyak prosedur yang perlu dilalui agar tiada ancaman nyawa berlaku kepada pengguna jalan raya?
Berdasarkan Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri yang melibatkan jalan-jalan di bawah kawalan JKR Selangor, kerosakan jalan boleh dikenalpasti melalui rondaan rutin yang dilakukan oleh pihak konsesi penyelenggaraan jalan berkenaan. Ia dilakukan 2 (dua) kali seminggu. (satu (1) sesi rondaan siang & satu (1) sesi rondaan malam) Sekiranya berlakunya bencana atau keperluan lain seperti yang diarah oleh Pegawai Penguasa, rondaan rutin tersebut akan dipertingkatkan kepada 4 (empat) kali seminggu. (dua (2) sesi rondaan siang & dua (2) sesi rondaan malam) Setiap rondaan rutin perlu dilengkapkan dengan laporan hasil rondaan dan sebarang kerosakan akan dikenalpasti melalui hasil rondaan berkenaan. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan ke atas kerosakan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.