Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

78) TEBATAN BANJIR DI KUALA LANGAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka pendek dan panjang Kerajaan Negeri untuk mempastikan kejadian banjir kilat tidak berlaku di kawasan-kawasan "hot spot"?

    • Perancangan jangka pendek
    1. Penyelenggaraan secara berkala saliran termasuk parit, sungai dan kolam tadahan banjir dan kolam takungan.
    2. Menaiktaraf pintu air yang rosak.
    3. Memasang pam sementara di kawasan terbabit.
    • Perancangan jangka panjang
    1. Kajian tebatan banjir dan reka bentuk saliran.
    2. Menaiktaraf saliran dengan membina struktur parit, melebar dan mendalamkan bagi meningkatkan kapasiti tadahan.
    3. Memasang pam kekal yang berkapasiti tinggi di kawasan hotspot banjir dan peruntukan telah diluluskan.
    4. Pembinaan kolam tadahan banjir di Pekan Banting.
    5. Mengetatkan syarat kepada Pemaju Tanah untuk menggunapakai garis panduan MSMA dalam semua pembangunan tanah.
  2. Apakah status dan perkembangan pembinaan 2 kolam takungan air di tebing Sungai Kuala Langat untuk meleraikan masalah banjir kilat di kawasan Taman Perumahan Pekan Banting yang diusahakan oleh JPS?

    Reka bentuk terperinci kolam takungan Fasa 1 dan 2 telah siap dijalankan khususnya merangkumi kawasan di Bandar Banting. Walau bagaimanapun Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor sedang dalam proses menetapkan skop kerja yang akan dimasukkan dalam tender Fasa 1 bagi penyediaan dokumen tender setelah permohonan peruntukan projek diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.