Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

105) TEBATAN BANJIR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh JKR/JPS bagi program tebatan banjir di Selangor sejak 2008

    Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh JPS bagi program tebatan banjir di Selangor dibawah peruntukan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor mengikut tahun dari:

    TAHUN JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
    2008 5,418,580.71
    2009 1,899,213.66
    2010 4,976,143.18
    2011 24,028,714.91
    2012 44,795,431.85
    2013 28,639,906.61
    2014 27,819,419.75
    2015 33,073,362.75

    Maklumat Tambahan:

    Siri Tajuk Projek Kos Projek

     

     

    (RM)

    Siling Peruntukan RM Ke-11

     

    (RM)

    Peruntukan Diluluskan 2016

     

    (RM)

    Jumlah Waran Diterima 2016

     

    (RM)

    Perbelanjaan sehingga

    JUN 2016

    (RM)

    Tanggungan sehingga JUN 2016

    (RM)

    Komitmen sehingga JUN 2016

    (RM)

    P.K 1 PEMBANGUNAN PROJEK TEBATAN BANJIR 420,500,040.00 295,000,080.00 46,800,080.00 45,032,880.00 5,876,815.83 53,012.61 5,929,828.44
    IBU PEJABAT 7,200,000.00 7,200,000.00 3,800,000.00 3,800,000.00 728.75 728.75
    DAERAH PETALING 35,000,000.00 35,000,000.00 12,000,000.00 11,068,200.00 477,537.84 53,012.61 530,550.45
    DAERAH GOMBAK 30,000,000.00 17,000,000.00
    DAERAH KLANG 215,000,000.00 118,000,000.00 29,500,000.00 26,132,600.00 3,191,927.98 3,191,927.98
    DAERAH KUALA LANGAT
    DAERAH HULU LANGAT 32,000,000.00 17,500,030.00 1,500,030.00 1,500,030.00 1,286,058.26 1,286,058.26
    DAERAH SEPANG 75,800,030.00 75,800,030.00 30.00 1,450,030.00 605,600.00 605,600.00
    DAERAH KUALA SELANGOR 3,000,000.00 3,000,000.00
    DAERAH HULU SELANGOR 9,500,010.00 9,500,010.00 10.00 1,082,010.00 314,963.00 314,963.00
    DAERAH SABAK BERNAM 13,000,000.00 12,000,010.00 10.00 10.00

     

    Jadual diatas menunjukkan peruntukan bagi program tebatan banjir dan menaiktaraf saliran tahun 2016 dan siling peruntukan RMKe-11.

  2. Banjir masih berulang, kawasan manakah yang menerima impak terbesar, apakah langkah yang diambil

    Sekiranya masalah banjir masih berlaku, kawasan Klang dan kawasan Kajang akan menerima kesan besar. Tindakan yang telah Kerajaan Negeri buat adalah dengan meluluskan sebanyak 24 projek bagi kerja-kerja tebatan banjir dan juga menaiktaraf saliran di dalam RMKe-11.

  3. Apakah tindakan yang bakal diambil jika banjir perpunca dari aktiviti pembangunan

    Berdasarkan kejadian banjir lumpur yang sering terjadi akibat daripada aktiviti pembangunan yang tidak terkawal, satu jawatankuasa telah ditubuhkan dengan nama ‘Pasukan Petugas Ops Lumpur’ yang merupakan salah satu bidang tugas di bawah Jawatankuasa Task Force Tebatan Banjir yang dipengerusikan oleh

    Y.B EXCO Tuan Zaidy bin Abdul Talib, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

    Pemantauan ini bertujuan bagi memastikan syarat-syarat kerja tanah iaitu Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (Erosion and Sediment Control Plan) yang disyaratkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipatuhi oleh pemaju semasa peringkat kerja tanah bagi mengurangkan risiko banjir lumpur.

    Siri Tajuk Projek Kos Projek

     

     

    (RM)

    Siling Peruntukan RM Ke-11

     

    (RM)

    Peruntukan Diluluskan 2016

     

    (RM)

    Jumlah Waran Diterima 2016

     

    (RM)

    Perbelanjaan sehingga

    JUN 2016

    (RM)

    Tanggungan sehingga JUN 2016

    (RM)

    Komitmen sehingga JUN 2016

    (RM)

    P.K 2 MENAIKTARAF SALIRAN 74,900,000.00 56,700,000.00 8,900,000.00 10,667,200.00 1,994,533.10 183,770.19 2,178,303.29
    IBU PEJABAT
    DAERAH PETALING 1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 2,767,200.00 1,753,494.90 183,770.19 1,937,265.09
    DAERAH GOMBAK 14,000,000.00 14,000,000.00 500,000.00 500,000.00
    DAERAH KLANG 54,700,000.00 36,500,000.00 6,000,000.00 6,000,000.00 241,038.20 241,038.20
    DAERAH KUALA LANGAT
    DAERAH HULU LANGAT 3,200,000.00 3,200,000.00 400,000.00 400,000.00
    DAERAH SEPANG
    DAERAH KUALA SELANGOR
    DAERAH HULU SELANGOR 2,000,000.00 2,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00
    DAERAH SABAK BERNAM

    SENARAI KEAHLIAN OPS LUMPUR

    BIL. JABATAN JAWATAN
    1. Y.B EXCO Tuan Zaidy bin Abdul Talib Pengerusi
    2. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Dan JPS Daerah Urusetia
    3. Semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor Ahli
    4. Semua Pejabat Tanah dan Daerah di Negeri Selangor Ahli
    5. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Ahli
    6. Lembaga Urus Air Selangor Ahli

    Maklumat Tambahan: PEMANTAUAN OPS LUMPUR 2015

    1. Berdasarkan tahun pertama dalam penubuhan kembali pasukan petugas ops lumpur setelah terhenti pada tahun 2005, JPS Selangor telah menjalankan pemantauan sebanyak 16 kali, lawatan dibuat diperingkat JPS Selangor dan JPS Daerah kemudian baru disusuli dengan agensi- agensi yang terlibat.

    PEMANTAUAN OPS LUMPUR (JANUARI HINGGA JULAI) 2016

     Sasaran Pemantauan 2016

    Bil Jabatan Keluasan Tapak Projek Jumlah Lawatan Tapak (setahun)
    1. JPS Selangor 11 ekar ke

    atas

    10
    2. JPS

    Petaling

    Daerah 10 ekar ke bawah 6
    3. JPS

    Klang

    Daerah 10 ekar ke

    bawah

    6
    4. JPS

    Gombak

    Daerah 10 ekar ke bawah 6
    5. JPS

    Sepang

    Daerah 10 ekar ke

    bawah

    6
    6. JPS Daerah Hulu Langat 10 ekar ke bawah 6
    7. JPS Daerah Hulu Selangor 10 ekar ke bawah 4
    8. JPS                    Daerah Kuala Selangor 10 ekar ke bawah 4
    9. JPS            Daerah

    Kuala Langat

    10 ekar ke

    bawah

    6
    10. JPS            Daerah

    Sabak Bernam

    10 ekar ke

    bawah

    4
    Jumlah Keseluruhan : 58
    1. Jumlah pemantauan yang telah dijalankan pada tahun 2016 dan disertai oleh jabatan yang terlibat adalah sebanyak 17 kali (Januari hingga Julai).
    2. Hasil daripada lawatan tersebut terdapat 2 pemaju yang patuh dengan mengikut arahan dalam kelulusan kerja tanah, manakala 15 pemaju melanggar syarat-syarat kelulusan dengan pelbagai kesalahan semasa peringkat kerja

     

    TINDAKAN PERUNDANGAN MENGGUNAKAN AKTA DAN ENAKMEN (JANUARI HINGGA JULAI) 2016

    • Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974, – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    • Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. – Jabatan Alam Sekitar (JAS)
    • Enakmen Luas No. 2 1999. – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

     

    Bil Jabatan Surat Arahan Pembetulan Notis Berhenti Kerja Kompaun

    / Denda

    Tindakan Mahkamah Dalam tindakan Jabatan terlibat
    1 Majlis Perbandaran

    Selayang

    1        
    2 Majlis Perbandaran Kajang 1       2
    3 Majlis Perbandaran Klang 1   1    
    4 Majlis Daerah Kuala Selangor         2
    5 Majlis Daerah

    Hulu Selangor

    2        
    6 Majlis Daerah

    Kuala Langat

    2        
    7 Jabatan Alam Sekitar Selangor 2        
    8 Lembaga Urus

    Air Selangor

    2        
    Jumlah : 11   1   4
    Jumlah

    Keseluruhan :

    16

     

Lampiran

Tiada Lampiran.