Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
243) TEBATAN BANJIR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Huraikan prestasi pencapaian uasaha tebatan banjir oleh Kerajaan Negeri.
Setelah projek-projek tebatan banjir dijalankan, terdapat pengurangan kepada kawasan hotspot banjir. Kawasan hotspot banjir ini merupakan kawasan yang berlaku banjir secara berulang. Sehingga tahun 2016, sebanyak 13 projek yang telah dikenalpasti telah memberikan impak yang besar kepada pengurangan kawasan hotspot banjir melalui projek-projek Caruman Parit.
-
Jelaskan punca dan sebab masih berlakunya kejadian banjir kilat setelah usahausaha yang di lakukan dan setelah membelanjakan dana yang sekian banyak
Punca masih berlakunya banjir kilat antaranya adalah kerana hujan yang turun setempat dengan lebat. Kadar ulangan hujan dalam tempoh yang singkat juga merupakan salah satu faktor menyumbang kepada kejadian banjir kilat. Projek penaiktarafan sungai dan juga parit monsun yang dibuat tertakluk kepada rekabentuk yang boleh menampung kapasiti hujan tertentu. Selain itu, pembangunan tambahan yang dibuat selepas kerja menaiktaraf saliran, kadar aliran permukaan air hendaklah dikawal mengikut kadar aliran sediaada. Sekiranya tidak dikawal, akan menyebabkan pertambahan kadar aliran air dan akan menyebabkan berlakunya banjir kilat terutama di kawasan downstream.