Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
132) TEBATAN BANJIR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah strategi tebatan banjir yang holistik di lebaran sungai-sungai utama di Selangor?
Usaha-usaha yang berterusan akan diberi penekanan bagi menangani masalah banjir menerusi kaedah struktur dengan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir dan kaedah bukan struktur yang merangkumi kerja penyediaan Peta Hazad Banjir serta menyediakan Sistem Amaran dan Ramalan Banjir. JPS Selangor telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan tahap kesedaran dan penyertaan masyarakat terhadap sumber air serta pihak berkepentingan dengan menjalin kerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan lain yang berkaitan
-
Setakat manakah rancangan pembinaan kolam takungan tebatan banjir tercapai semenjak 2010.
Selangor telah menjalankan sebanyak 5 buah kerja-kerja pembinaan kolam takungan seperti berikut:
- Membina Kolam Takungan Sri Serdang Daerah Petaling
- Membina Kolam Takungan Banjir Kg. Teluk Gadong, Daerah Klang
- Membina Kolam Takungan Banjir Taman Sentosa, Daerah Klang
- Membina Kolam Takungan Banjir dan Kerja-Kerja Berkaitan di Taman Permata, Daerah Sepang
- Membina Kolam Takungan Banjir dan Kerja-kerja Berkaitan di Kg. Tok Aminuddin, Daerah Sepang
- Walaubagaimanapun, bagi memastikan kolam takungan sediada dapat berfungsi dengan lebih berkesan, Jabatan Pengairan dan Saliran telah menjalankan kerjakerja menaiktaraf kolam takungan sediada. (senarai adalah seperti di bawah)
Bil. Peruntukan Bil. Kolam Jumlah Tahun 1 CP 60 1,033,722.19 2015 P13 3,821,883.24 B13 413,766.40 2 CP 48 4,812,496.37 2016 3 CP 4 473,640.86 2017 Jumlah 112 10,555,509.06 2015 – 2017
-
Apakah kawalan terhadap kepesatan pembangunan yang boleh mengakibatkan saluran sungai tersekat dan limpahan air berlaku.
Kepesatan pembangunan akan menyebabkan berlakunya perubahan guna tanah yang akan memberi impak terhadap keupayaan sistem saliran sediada dalam menampung air larian dengan kuantiti yang lebih besar berkemungkinan menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan gangguan terhadap kestabilan tanah. Justeru, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah menggariskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi setiap permohonan kelulusan pelan sistem saliran dan kerja tanah dan memastikan:
- Setiap cadangan paras tanah adalah lebih tinggi dari paras banjir dikawasan yang dicadangkan.
- Kadar alir puncak dari kawasan pembangunan baru perlu dikurangkan melalui pembinaan On-Site Detention bagi pembangunan bersaiz kurang dari 25 ekar atau pembinaan kolam takungan bagi pembangunan bersaiz melebihi 25 ekar.
- Keperluan bagi pembinaan perangkap kelodak yang diselenggara dari masa ke masa bagi memastikan air luahan dari kawasan yang sedang dimajukan tidak mengalirkan kelodak ke bahagian hilir dan ke sungai semasa kerja tanah dijalankan
- Menjalankan kerja-kerja pemantauan bagi pematuhan terhadap pembangunan kerja tanah melalui gerakan Ops Lumpur.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia turut telah mengeluarkan Manual Saliran Mesra Alam Edisi tahun 2000 dan telah dikemaskini pada tahun 2012 sebagai panduan bagi pengurusan air ribut dan saliran bagi setiap cadangan pembangunan yang baru.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
- Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk OSD?
- Keperluan bagi pembinaan On-Site Detention (OSD) adalah disyaratkan bagi setiap cadangan pembangunan baru yang berkeluasan kurang daripada 25 ekar.
- OSD boleh terdiri daripada pelbagai jenis samada dalam bentuk simpanan atau takungan di atas tanah, simpanan atau takungan dalam tanah atau gabungan kedua-dua simpanan di atas dan dalam tanah yang dibina di dalam kawasan pembangunan yang dicadangkan.
- OSD direkabentuk untuk menjadi kering sepanjang masa kecuali apabila ianya digabungkan dengan sistem penuaian air hujan.
- Pengiraan bagi saiz OSD yang diperlukan hendaklah berdasarkan kepada Manual Saliran Mesra Alam Edisi 2 (MSMA 2nd Edition) 2012 dan dilengkapi dengan saluran keluar hingga ke parit utama sediada.
- Minimum syarat berapa ekar untuk syarat pembinaan OSD.
- Tiada pengecualian keperluan pembinaan OSD bagi sebarang cadangan pembangunan baru dimana semua pembangunan berkeluasan kurang daripada 25 ekar adalah disyaratkan untuk membina OSD.
- Walaubagaimanapun, pembinaan OSD individu adalah disyorkan bagi keluasan kawasan pembangunan kurang dari 0.1 hektar manakala OSD komuniti bagi kawasan melebihi 0.1 hektar.
- Pemantauan di bawah siapa dan siapa yang jadi panel checking untuk kelulusan OSD
- Kelulusan bagi sebarang pembinaan OSD adalah dibawah tanggungjawab pihak Jabatan Pengairan Saliran dimana ulasan dan syarat-syarat keperluan pembinaan akan dinyatakan di dalam ulasan teknikal yang dikeluarkan oleh Jabatan semasa permohonan kelulusan saliran dan perparitan dikemukakan oleh pihak pemaju/OSC.
- Semakan bagi pematuhan terhadap kelulusan dan sokongan yang telah dikeluarkan akan dilaksanakan oleh pihak Majlis, Agensi/Jabatan teknikal yang terlibat dan JPS Daerah bagi tujuan pengeluaran certificate of completion & compliance
- Maklumat dari permulaan kerja tanah hingga pembinaan sesebuah pembangunan yang melibatkan Bahagian Saliran Mesra Alam
- Setiap permohonan bagi kerja-kerja pembangunan tanah perlu melalui proses seperti berikut:
BIL PROSES PERMOHONAN TINDAKAN BSMA 1. Kebenaran Merancang – Semakan pelan ukur – Semakan pengiraan hidraulik saluran keluar
– Semakan pengiraan hidraulik struktur
– Semakan ke atas Pelan Susunatur dengan keperluan
simpanan parit
– Keperluan bagi bayaran sumbangan caruman parit
2.
Kelulusan Kerja Tanah – Semakan keatas pelan kerja tanahyang menunjukkan cadangan Erosion & Sediment Control Plan (ESCP). – Semakan laporan hidraulik keatas ESCP termasuk kolam/ sediment pond
3. Kelulusan Kerja Perparitan dan Saliran – Semakan terhadap cadangan „Çontrol at source’ (On-Site
Detention / Kolam Takungan)
– Semakan terhaap laporan Stormwater Management
– Semakan bayaran terhadap sumbangan Caruman Parit
4. Sokongan Certificate of Completion & Compliance – Semakan bagi pematuhan terhadap kelulusan dan sokongan yang telah dikeluarkan akan dilaksanakan oleh pihak Majlis, Agensi/Jabatan teknikal yang terlibat dan JPS Daerah bagi tujuan pengeluaran certificate of completion & compliance – Semakan As-Built Plan yang telah disahkan oleh Juruukur Berlesen