Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

22) TEATER RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Soalan ini telah ditolak dalam Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 13 Oktober 2015.

  2. Berapakah peruntukan dana bagi 2013 dan 2014 yang disalurkan oleh Kerajaan bagi menyokong kegiatan teater.

    Tiada

  3. Berapakah peruntukan dana bagi 2013 dan 2014 yang disalurkan oleh Kerajaan bagi menyokong kegiatan teater.

    Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri akan menganjurkan ‘Teater Atas Pokok’ yang akan dilaksanakan di Shah Alam sebagai salah satu program utama bagi pengisian program Kota Seni di Bandaraya Shah Alam pada tahun 2015 yang akan dilaksanakan oleh Kumpulan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).

     

    Pemilihan naskhah ini adalah bersesuaian dengan tema kemanusiaan dan estetika yang baik untuk penghayatan masyarakat. Ia adalah berdasarkan Puisi Sasterawan Negara Usman Awang yang bertajuk ‘Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar ’ (1979) dan ‘Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah Bandaraya’ (1979).

     

    ‘Teater Atas Pokok’ (TAP) membawa maksud keseluruhan atau hampir keseluruhan persembahan akan dibuat (berlaku) di atas pokok. Tidak akan dibina sebuah pentas atau dipasang platform di atas pokok itu, sebaliknya pokok itu seperti asalnya dengan struktur dahan-dahannya seperti adanya itu akan dimanfaatkan untuk pergerakan para pelakon.

     

    Maka TAP merupakan satu persembahan yang unik iaitu dengan membuat persembahan di ruang terbuka yang mana penonton boleh menonton persembahan ini dalam ruang 360 darjah (keliling). TAP bakal membuka ruang / dimensi / sempadan baru untuk berkarya dan ia akan menjadi peristiwa yang tercatat dalam sejarah seni-budaya di Malaysia.

     

    Seni itu sesuatu yang kreatif dan sentiasa meneroka yang baru maka kemungkinan ia juga dengan sendirinya akan melahirkan satu bentuk seni baru. TAP yang dijangka akan dipentaskan pada pertengahan bulan November 2015 akan mendapat publisiti lebih luas dan berikutan itu mesejnya juga akan tersebar luas.

Lampiran

Tiada Lampiran.