Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
184) TEATER DIRAJA SHAH ALAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kos binaan bangunan dan pengisian teater tersebut?
Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM43.84 juta untuk membiayai kos projek
iaitu pembinaan bangunan RM36.8 juta, peralatan sistem teater RM5.82 juta dan kerja
landskap RM1.22 juta.Bangunan teater yang dibina boleh memuatkan 800 penonton.
-
Siapakah pemaju yang bertanggungjawab dalam projek binaan?
Dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada bulan September 2003, mesyuarat
telah melantik Tetuan Kembang Serantau Sdn. Bhd. sebagai kontraktor bagi projek ini. -
Bilakah teater tersebut akan buka untuk kegunaan?
Kajian Audit ke atas cadangan ini telah dijalankan oleh Jabatan Audit Negara Cawangan
Negeri Selangor bermula 29hb. Oktober 2009 dan berakhir pada 21 hb. Mei 2010 yang
lalu. Satu kertas kerja untuk Mesyuarat MMKN bagi permohonan untuk penyerahan
semula bangunan dan permohonan tuntutan bayaran kos penyelenggaraan akan
dibentangkan pada 8hb. Julai 2010 untuk pertimbangan mesyuarat.Mesyuarat MMKN pada bulan Disember 2006 telah bersetuju supaya pengurusan,
penyenggaraan bangunan dan pengisian program Teater Diraja Shah Alam dikendalikan
sepenuhnya oleh JKKN Selangor. Selain itu, mesyuarat Jawatankuasa Tetap
Kebudayaan pada bulan Januari 2008 telah bersetuju melantik JKKN Selangor sebagai
’end user’ bangunan teater tersebut dengan menyediakan perancangan dan senarai
program yang berkualiti untuk merancakkan industri teater termasuk mengadakan kelas
serta pertandingan teater.
Buat sementara ini, Majlis Bandaraya Shah Alam bertindak sebagai ’care taker’
bermula pada 22hb. Oktober 2008. Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) telah
dikeluarkan dan satu majlis penyerahan bangunan telah diadakan di antara pemborong
Kembang Serantau Sdn. Bhd. dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam pada
tarikh tersebut.