Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

170) TEATER DIRAJA SHAH ALAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembinaan & persiapan Teater Diraja di Shah alam?

    1. Bangunan teater ini telah siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2008
  2. Berapakah kos binaan teater tersebut sehingga penyerahannya kepada kerajaan?

    1. Kos pembaikan Teater tersebut ialah 43.84 juta.
  3. Apakah rancangan kerajaan dalam penyelenggaraan teater tersebut dan berapakah kos pengurusan & penyelenggaraan tahunan?

    1. Kos penyelenggaraan dan pengurusan tahunan sebenar bangunan ini hanya boleh dikenal pasti setelah operasi bangunan tersebut dijalankan oleh pihak “End-User”.

Lampiran

Tiada Lampiran.