Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

171) TAYAR TERPAKAI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan cara untuk melupuskan tayar terpakai di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor tiada mempunyai sebarang dasar khusus berkaitan pelupusan tayar terpakai. Namun begitu, tayar terpakai adalah salah satu kategori sampah pukal. Dalam hal ini, KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEB) selaku pihak yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi kerja perkhidmatan kutipan sampah termasuk sampah pukal akan mengutip dan menguruskan pelupusan tayar-tayar terpakai ini.

  2. Apakah inisentif untuk mengalakkan pengguna dan kedai tayar untuk menguna tayar baru?

    Pada masa ini, tiada insentif atau inisiatif khusus oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pengguna dan kedai tayar untuk menggunakan tayar baharu.

  3. Berapakah agensi yang terlibat dalam membuat dasar untuk pelupusan tayar terpakai?

    Sekiranya Kerajaan Negeri akan membuat dasar untuk pelupusan tayar terpakai, antara agensi yang terlibat adalah seperti berikut:

    1. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
    2. Jabatan Alam Sekitar (JAS);
    3. Jabatan Perancang Bandar dan Desa (PLANMalaysia);
    4. Worldwide Holdings Berhad (WHB); dan
    5. KDEB Waste Management Sdn Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.