Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

295) TAULIAH MENGAJAR JAIS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah yang telah dikeluarkan tauliah mengajar JAIS antara tahun 2020 -2024.

    Jumlah Pemegang Tauliah sehingga 30 September 2024 adalah seramai 5,700 orang.

  2. Nyatakan atau senaraikan guru yang di tarik tauliah mengajar.

    Jumlah Pemegang Tauliah yang telah ditarik balik tauliah dari tahun 2020 hingga 2024 ialah seramai 44 orang.

  3. Nyatakan atau senaraikan guru yang dikurniakan tauliah mengajar

    Senarai nama Pemegang Tauliah boleh disemak melalui pautan: https://etauliah.mais.gov.my/