Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
190) TAULIAH DARIPADA JAIS
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah tauliah yang telah dikeluarkan JAIS?
JAIS telah mengeluarkan sebanyak 4035 kad tauliah kepada penceramah dan pemegang tauliah di Negeri Selangor dari tahun 2006 sehingga 2013.
-
Senarai nama mereka-mereka yang di tarik tauliah serta alasannya kenapa tauliah di tarik balik?
Penceramah ditarik balik tauliah :-
- Encik Junizal bin Jumiran
Tauliah beliau ditarik balik kerana gagal mengemukakan maklumbalas setelah dua surat dikeluarkan kepada beliau berhubung aduan orang ramai terhadapnya berkaitan unsur-unsur penipuan yang melibatkan kewangan .Tindakan kepadanya adalah tertakluk dengan perkara 17 (F) peraturan-peraturan Tauliah Negeri Selangor (2008).
- Encik Che’ Haludin bin Che’ Mezah
Tauliah beliau ditarik balik kerana beliau terlibat dalam kesalahan pemegang tauliah perkara 17 (F) Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Selangor (2008) iaitu pemegang tauliah berkelakuan dengan cara yang mencemarkan Agama Islam.
-
Senaraikan ustaz-ustaz yang bertauliah di seluruh Selangor?
Senarai 4035 penceramah / pemegang tauliah di Negeri Selangor boleh di dapati di Laman sesawang Jabatan Agama Islam Selangor melalui sistem e-Tauliah dan juga boleh diperolehi melalui Bahagian Dakwah, JAIS.