Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
93) TATACARA DAN PERATURAN PENGELUARAN PASIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah justifikasi Kerajaan Negeri memberi kelulusan permit khas bahan batuan 4B/4C kepada Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) untuk mengeluarkan pasir sungai di sepanjang Sungai Klang dan menjual pasir tanpa membayar royalti bahan batuan kepada Pihak Berkuasa Negeri?
Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) merupakan anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) yang telah dilantik untuk membangun dan memajukan jajaran sepanjang Sungai Klang. Bayaran royalti masih perlu dibayar dan tiada pengecualian khas diberikan kepada LLSB.