Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
244) TASKFORCE TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status semasa dan hasil kajian yang telah dilakukan oleh Taskforce Tanah?
Task Force Tanah Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor telah menyelesaikan tugasan mereka dimana Laporan Akhir hasil kajian telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 12 Februari 2009 di bilik Gerakan, Bangunan Annex.
Laporan Akhir itu juga turut diedarkan oleh pihak Task Force Tanah kepada Y.B AhliAhli Dewan Negeri dan Y.B Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat serta Jabatan Teknikal yang terlibat bagi tujuan tersebut.
Secara umumnya, antara cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah meliputi isuisu berikut:-
1) Pentadbiran
- Pemisahan tanggungjawab antara Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah
- Menyediakan ruang kerja yang dapat menampung bilangan urusan,tenaga kerja dan penyimpanan rekod atau dokumen.
2) Dasar
- Mengkaji semula dasar-dasar sediaada yang sedang berkuatkuasa
- Penurunan kuasa kepada Pentadbir-pentadbir tanah bagi urusan-urusan yang dikenalpasti.
3) Latihan & Kakitangan
- Meningkatkan latihan kepada kakitangan Pentadbiran tanah
- Meningkatkan bilangan tenaga kerja sesuai dengan beban tugas sedia ada.
-
Nyatakan kejayaan dan langkah pembaikan yang telah disyorkan dan dilakukan oleh Taskforce Tanah.
Kerajaan Negeri telahpun melaksanakan beberapa penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh Taskforce Tanah terutamanya yang bersifat administratif seperti mengadakan kursus dan latihan bagi mempertingkatkan tahap kompetensi warga kerja pentadbiran tanah,mengkaji aspek-aspek prosedur dan tatacara kerja bagi mengurangkan birokrasi dan mempertingkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan. Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri belum melaksanakan beberapa cadangan utama khususnya yang melibatkan perubahan besar kepada struktur organisasi pentadbiran tanah seperti cadangan memisahkan institusi Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah.
-
Berapakah jumlah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk Taskforce Tanah termasuk gaji? Berikan butir-butir
Jawatankuasa Task Force Tanah Negeri Selangor telah ditubuhkan pada 29 Mei 2008 untuk mengenal pasti isu-isu dan masalah serta mengesyorkan cadangan-cadangan bagi memantapkan lagi pengurusan tanah di Negeri Selangor.
Jawatankuasa Task Force Tanah dianggotai seramai 25 orang yang terdiri daripada
2 orang Pengerusi Bersama, 6 Ahli Jawatankuasa, 2 orang Sekretariat, 6 orang Ahli Jawatankuasa Kecil, 8 orang Pembantu Ahli Jawatankuasa Kecil dan seorang Setiausaha. Tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Task Force Tanah adalah berjumlah RM738,553.70.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 2/2009 yang diadakan pada 14 Januari 2009 telah meluluskan pembayaran elaun Task Force Tanah berjumlah RM399,285.61 hanya kepada 23 orang Ahli Jawatankuasa Task Force Tanah sahaja. Manakala 2 orang Ahli Jawatankuasa tidak menerima bayaran elaun kerana menjalankan tugas sebagai ADUN.
Perbendaharaan Negeri telah membuat pembayaran berjumlah RM399,285.61 kepada 23 orang Ahli Jawatankuasa Task Force Tanah melalui cek bertarikh 16 Januari 2009. Butiran pembayaran adalah seperti di Lampiran 1.
BAYARAN ELAUN TASK FORCE TANAH
BIL NAMA TEMPOH PERKHIDMATAN
(BULAN)
JUMLAH TUNTUTAN
(RM)
1. Dato’ Dr. Tan Kee Kwong (Pengerusi Bersama)
3 39,000.00 2. Prof. Datuk Dr. Nik Mohd Zain Nik Yusof (Pengerusi Bersama)
3 30,000.00 3. Haji Dolah B. Ali (Ahli Jawatankuasa) 3 27,486.69 4. Dr. Shaikh Ibrahim B. Shaikh Omar (Ahli Jawatankuasa)
3 30,000.00 5. Haji Mohsin B. Haji Ahmad (Ahli Jawatankuasa)
3 22,039.75 6. Ganesh Nathan a/l Ramanathan (Ahli Jawatankuasa)
3 45,000.00 7. Nik Syahrul Niza B. Nik Mohd Zain (AJK Kecil ICT/Sekretariat/ TugasTugas Khas)
3 25,500.00 8. Y.B. Ir. Muthiah a/l Maria Pillay (Ahli Jawatankuasa)
Tidak berkaitan kerana menjalankan tugas sebagai ADUN 9. Y.B. Philip Tan Choon Swee (Ahli Jawatankuasa)
Tidak berkaitan kerana menjalankan tugas sebagai ADUN 10. Nik Nooraini Bt. Nik Mohd Zain (Sekretariat/Editor Laporan
Task Force Tanah)
3 17,400.00 11. Dato’ Mohd Said B. Abd. Kadir (Ahli Jawatankuasa Kecil)
3 15,708.00 12. Haji Mohd Apandi B. Haji Mohammad (Ahli Jawatankuasa Kecil)
2.5 20,000.00 13. Hajah Latipah Bt Suliman (Ahli Jawatankuasa Kecil)
3 8,482.80 14. Ganeson a/l S Nadason (Ahli Jawatankuasa Kecil)
2.5 11,362.53 15. Noor Suhaila Bt. Saad (Ahli Jawatankuasa Kecil)
1.5 15,000.00 16. Sumathi a/p Murugiah (Ahli Jawatankuasa Kecil)
1.5 15,000.00 17. Haji Ismail B. Rejab (Setiausaha) 3 19,305.84 18. Ramachandran a/l Sottayan (Pembantu Ahli Jawatankuasa Kecil)
1.5 4,000.00 19. Mohd Faharuddin B. Amran (Pembantu Ahli Jawatankuasa Kecil)
2.5 9,900.00 20. Khalid B. Hamzah (Pembantu Ahli Jawatankuasa Kecil)
2.5 9,900.00 21. Madzlan B. Jamaluddin (Pembantu Ahli Jawatankuasa Kecil)
2.3 9,900.00 22. Hasnizam B. Abdullah (Pembantu Ahli Jawatankuasa Kecil)
3 9,900.00 23. Rasidah Bt. A. Rahman (Pembantu Ahli Jawatankuasa Kecil)
2.3 4,800.00 24. Azahar Norani (Pembantu Ahli Jawatankuasa Kecil)
3 4,800.00 25. Md. Rodi B. Ismail (Pembantu Ahli Jawatankuasa Kecil)
1.5 4,800.00 JUMLAH – 399,285.61