Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
84) TASKA DAN NURSERI DI TEMPAT KERJA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan premis-premis Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan taska dan nurseri.
Terdapat sejumlah 14 Jabatan / Agensi termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) yang menyediakan kemudahan nurseri / taska seperti berikut:
BIL NAMA TASKA JABATAN/AGENSI 1. TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2. Pusat Perkembangan Minda Kanak-kanak MBPJ Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) 3. Pusat Jagaan Kanak-kanak MPK Majlis Perbandaran Klang (MPK) 4. TASKA Permata Penyayang Klang Majlis Perbandaran Klang (MPK) 5. TASKA Permata MPSJ USJ 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 6. TASKA Permata Kuarters MPSJ Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) BIL NAMA TASKA JABATAN/AGENSI 7. TASKA MPKj Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 8. TASKA Si Comel Cerdik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 9. TASKA Permata Bunga Tanjung MPAJ Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 10. TASKA Minda Ria Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 11. TASKA Vonad Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 12. TASKA Si Kancil Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 13. TASKA Mutiara PKNS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 14. TASKA Permata PKPS Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Manakala data yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, sebanyak 19 buah taska yang terdapat di premis kerajaan di seluruh Selangor iaitu seperti berikut :-
SENARAI NAMA TASKA TEMPAT KERJA DI PREMIS KERAJAAN
BIL
NO. PERAKUAN PENDAFTARAN
NAMA/ ALAMAT TASKA
DAERAH
1
B/TTK 007/2015
TASKA MPSJ PERMATA SARI B-00-01 & B-00-04, Blok Berlian, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Subang Jaya
2
B/TTK 009/2015
TASKA CAHAYA PERMATA DENGKIL
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Taman Permata, 43800 Dengkil, Selangor
Sepang
3
B/TTK 010/2015
TASKA UNITEN
UNITEN, Kampus Putrajaya, Jalan 1 Ikran Uniten, 43000 Kajang, Selangor Sepang
4
B/TTK 002/2015
TASKA ADHWAA
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Jalan Jugra, 42700 Banting Selangor Kuala Langat
5
B/TTK 004/2015
TASKA WARGA INFRA
B-LG-U02 Quaters Institut Kemajuan Desa (Infra), Lot 2A, Persiaran Institusi, 43000 Kajang, Selangor
Sepang
6
B/TTK 005/2015
TASKA DE SAYANG
Aras Bawah, Blok C, Kediaman Kakitangan Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Sepang
BIL NO. PERAKUAN PENDAFTARAN NAMA/ ALAMAT TASKA DAERAH 7
B/TTK 009/2014
Taska Kasih Cahaya Permata MPOB
Taska Porim D/A MPOB 6 Persiaran Institusi 43000 Kajang Selangor Sepang
8
B/TTK 011/2014
Taska Murni
SMK Sungai Kertas,
68100 Batu Caves, Selangor.
Gombak
9
B/TTK 001/2012
Taska Haslinda
No 19-3, Impian Mahkota 1, Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor
Shah Alam
10
B/TTK 003/2012
Taska Permata Sirim Berhad
No 1, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor Shah Alam
11
B/TTK 004/2012
Taska Majlis Peperiksaan Malaysia Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Gombak
12
B/TTK 006/2012
Genius Kiddos Childcare Centre Kuarters Kakitangan Hospital Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor Gombak
13
B/TTK 007/2012
Taska Ummu Selamah
Institut Perakaunan Negara,Jln 2,Sg Lang,45100 Sabak Bernam, Selangor Sabak Bernam
14
B/TTK 008/2012
Taska Cahaya Mata (TCM) Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad
Kompleks Kediaman Antarabangsa,
Universiti Antabangsa UPM, 43400 Serdang, Selangor
Subang Jaya
15
B/TTK 009/2012
Taska Balqis
SMK Serendah,
48200 Serendah, Hulu Selangor
Hulu Selangor
16
B/TTK 010/2012
Taska Inspen
Institut Penilaian Negara, No 5, Persiaran Institut Bangi, 43000 Kajang, Selangor Hulu Langat
BIL
NO. PERAKUAN PENDAFTARAN NAMA/ ALAMAT TASKA
DAERAH
17
B/TTK 011/2012
Taska Permata Bonda SKMS Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Shah Alam
18
B/TTK 002/2011
Taska Cahaya Mata Angkasa
Wisma Ungku Abdul Aziz, Jalan SS 6/3, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Petaling Jaya
19
B/TTK 003/2011
Taska Impian Cemerlang Universiti Teknologi Mara (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Shah Alam
Sumber daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
-
Apakah bentuk insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pihak swasta menyediakan nurseri kanak-kanak untuk warga kerja mereka?
Kerajaan Negeri amat menyokong penuh dengan penubuhan nurseri atau taska di tempat kerja bagi menempatkan anak-anak mereka di sepanjang hari tempoh waktu bekerja. Ianya bukan sahaja dapat menjimatkan masa perjalanan ke tempat kerja, malah yuran yang dikenakan adalah lebih berpatutan dan tahap kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak mereka adalah lebih
Sehubungan itu Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik cadangan diatas untuk memberikan insentif kepada pihak swasta bagi menyediakan kemudahan nurseri kanak-kanak kepada warga kerja mereka dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah dinyatakan.
-
Apakah kadar perbandingan antara agensi Kerajaan dan swasta yang menyediakan kemudahan nurseri?
- Berikut adalah antara kadar perbandingan yang boleh dibuat antara agensi kerajaan dan swasta yang menyediakan kemudahan nurseri:
i) Geran Yuran Subsidi
Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di taska bawah agensi kerajaan yang berdaftar dengan JKM layak untuk memperolehi geran subsidi sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak dengan syarat pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
ii) Geran Penubuhan Taska Tempat Kerja Kerajaan
Agensi kerajaan yang menubuhkan taska di tempat kerja boleh membuat permohonan mendapatkan geran penubuhan taska sebanyak RM250,000 maksimum kepada Kementerian Kewangan melalui agensi masing-masing.
iii) Pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi Taska Swasta
Pengusaha Taska Swasta yang berdaftar dengan JKM di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 boleh mendapat pengecualian cukai yang diberikan oleh LHDN. Taska berkenaan perlu merujuk kepada pihak LHDN bagi tujuan perkiraan pengecualian cukai tersebut.
iv) Elaun Bangunan sebanyak 10% setahun kepada pemilik bangunan taska dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pengusaha Taska Swasta yang memiliki bangunan sendiri dan menjalankan aktiviti Taska boleh mendapat elaun pada kadar 10% setahun yang diberikan oleh LHDN dengan syarat Taska tersebut berdaftar dengan JKM. Taska berkenaan perlu merujuk kepada pihak LHDN bagi tujuan pemberian elaun tersebut.
Manakala di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Kerajaan Negeri telah menyediakan program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR), dikhaskan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, sama ada taska kerajaan mahu pun swasta dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dengan bantuan yuran sebanyak RM100.00 sebulan kepada taska-taska berkenaan.