Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

73) TASKA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah pusat penjagaan kanak-kanak di tempat bekerja (awam, swasta, awam & swasta) di Negeri Selangor mengikut daerah.

    Jumlah pusat penjagaan kanak-kanak di tempat bekerja awam, swasta, awam & swasta secara keseluruhan di negeri Selangor ialah sebanyak 945 buah. Perincian mengikut daerah adalah seperti lampiran.

    BIL DAERAH INSTITUSI TEMPAT KERJA KOMUNITI RUMAH JUMLAH  
    KERAJAAN SWASTA  
     
    1 Petaling 99 1 3 1 5 109  
    2 Gombak 69 7 1 0 14 91  
    3 Hulu Langat 157 4 1 0 4 166  
    4 Klang 63 3 0 0 10 76  
    5 Subang Jaya 125 2 3 0 3 133  
    6 Shah Alam 129 6 3 0 5 143  
    7 Kuala Selangor 40 0 0 0 3 43  
    8 Sepang 88 6 4 0 3 101  
    9 Kuala Langat 39 2 0 0 4 45  
    10 Hulu Selangor 28 0 1 0 4 33  
    11 Sabak Bernam 4 1 0 0 0 5  
    JUMLAH 841 32 16 1 55 945  
  2. Sila senaraikan semua pusat penjagaan kanak-kanak atau tadika di bangunan Kerajaan Negeri Selangor dan nyatakan bilangan kanak-kanak serta yuran yang dikenakan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah 20 pusat penjagaan kanak-kanak atau tadika berdaftar di 13 premis jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Jumlah keseluruhan kanak-kanak semasa di pusat-pusat penjagaan tersebut adalah 1,310 orang manakala kadar yuran yang dikenakan adalah di antara RM80.00 / bulan sehingga RM570.00 / bulan bergantung kepada kategori umur kanak-kanak dan jenis perkhidmatan yang disediakan.

    Senarai pusat-pusat penjagaan kanak-kanak atau tadika tersebut mengikut jabatan adalah seperti berikut;

    BIL JABATAN NAMA PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK / TADIKA BILANGAN KANAK-KANAK (ORANG) KADAR YURAN (RM)
    1 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Taska Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 88 < 1 Tahun: RM150.00 / Bulan

    1-4 Tahun: RM200.00 / Bulan

    2 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Taska Little Builders Child Care Centre (LBCCC) 49 < 1 Tahun: RM480.00 / Bulan

    1-4 Tahun: RM380.00 / Bulan

    3 Pejabat  Daerah dan Tanah  Klang Taska Kemas Pejabat Daerah/ Tanah Klang 17 5-6 Tahun: RM150/ bulan
    4 Majlis Bandaraya Shah Alam Tadika Anak Pintar Soleh (Cawangan) 69 4-6 Tahun: RM180 / Bulan
    5 Majlis Bandaraya Petaling Jaya Taska Majlis Bandaraya Petaling Jaya 58 1-2 Tahun: RM200.00 / Bulan

    3 Tahun: RM100.00 / Bulan

    4-6 Tahun: RM80.00 / Bulan

    Tadika Majlis Bandaraya Petaling Jaya 120
    6 Majlis Bandaraya Subang Jaya Pusat Perkembangan Kanak-Kanak  (PPK) 37 Orang Awam: RM225.00 ~ RM350.00 / Bulan

    Kakitangan MBSJ: RM120.00 / Bulan

    Taska USJ 3 195 2-4 Tahun: RM120.00 / Bulan

    Transit (5-6 Tahun): RM80.00 / Bulan

    Transit (7-12 Tahun): RM60.00 / Bulan

    Taska Kuarters MBSJ 103
    7 Majlis Bandaraya Diraja Klang Taska MBDK 31 3 bulan – 4 Tahun: RM200.00 / Bulan
    Pusat Jagaan Kanak-Kanak MBDK

     

    42 > 5 Tahun: RM200.00
    8 Majlis Perbandaran Sepang Cyber Kids @ MPSepang 64 3-9 bulan: RM450.00/ Bulan (kakitangan)

    RM550.00/ Bulan (agensi luar)

    9-12 bulan: RM500.00/ Bulan (kakitangan)

    RM600.00/ Bulan (agensi luar)

    1-2 tahun: RM480.00/ Bulan (kakitangan)

    RM530.00 / Bulan (agensi luar)

    3-4 tahun: RM430.00/ Bulan (kakitangan)

    RM530.00 / Bulan (agensi luar)

    9 Majlis Perbandaran Ampang Jaya Taska Bunga Tanjung 30 3-1 Tahun: RM430.00 / Bulan

    1-2 Tahun: RM350.00 / Bulan

    3-4 Tahun: RM320.00 / Bulan

    10 Majlis Perbandaran Selayang Taska Majlis Perbandaran Selayang

     

    19 1-4 Tahun : RM200.00 / Bulan
    11 Majlis Perbandaran Kajang Taska MPKJ 34 RM571.25/ Bulan
    12 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Taska Mutiara PKNS 78 Anak Pertama: RM300.00 / Bulan

    Anak Kedua dan seterusnya: RM480.00 / Bulan

      Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor Taska Permata Ehsan PKPS 36 Kakitangan PKPS

    2 Tahun: RM350.00/ Bulan

    3-6 Tahun: RM250.00 / Bulan

    Orang Awam

    Orang Awam: RM450.00 / Bulan

    Tadika Permata Ehsan (A) 122
    Tadika Permata Ehsan (B) 118
  3. Apakah bentuk insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pihak swasta menyediakan nurseri kanak-kanak untuk warga kerja mereka?

    Setakat ini tiada insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pihak swasta menyediakan nurseri bagi warga kerja mereka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri menerusi Wanita Berdaya Selangor (WBS) sedang menjalankan kajian untuk menyediakan Kerangka Tempat Kerja Mesra Keluarga atau ‘Family Friendly Workplace Framework’. Selaras dengan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor, kerangka ini bertujuan bagi memastikan majikan memberikan komitmen dan sokongan kepada pekerja yang terlibat dengan aktiviti penjagaan ahli keluarga.

Lampiran

Tiada Lampiran.