Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

41) TASKA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini berkenaan jumlah pengusaha taska yang berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor?

    Jumlah taska yang berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor sehingga Januari 2025 ialah seperti berikut:

    BIL STATUS JUMLAH
    1. Taska Berdaftar 959
    2. Taska Tidak Berdaftar 164
  2. Apakah usaha dan insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendaftaran taska bagi memastikan semua taska beroperasi di bawah pemantauan pihak berkuasa?

    Kerajaan Negeri memberikan komitmen yang serius untuk meningkatkan pendaftaran taska menerusi beberapa strategi termasuklah:

    • Menyediakan Geran Pusat Jagaan (GPJ) Negeri Selangor sehingga RM5,000.00 yang bertujuan untuk membantu pengusaha menampung kos pendaftaran yang melibatkan pematuhan kepada agensi teknikal;
    • Menubuhkan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan Negeri Selangor (JKPPP) yang dianggotai oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, PlanMalaysia Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN). Jawatankuasa ini berfungsi untuk menilai peraturan dan standard sedia ada serta menambah baik dengan menyediakan garis panduan yang standard berkaitan perkhidmatan penjagaan;
    • Memberikan notis peringatan serta tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan Akta 308 iaitu Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984; dan
    • Mengaktifan One Stop Centre (OSC) di peringkat negeri dan daerah bagi memudahcara proses pendaftaran sehingga pengusaha memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal. Sehingga Disember 2024, sebanyak 201 buah TASKA telah berjaya dibantu sehingga lulus pendaftaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.