Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

254) TASKA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah "Taska Di rumah" yang ada di Selangor mengikut pecahan DUN.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor tiada data bilangan taska di rumah mengikut pecahan DUN kerana data sedia ada mengenai statistik bilangan taska di rumah yang berdaftar di bawah jabatan telah dikategorikan mengikut pecahan daerah seperti jadual di sebelah.

     Daerah 2011 2012 2013 2014 Hingga Mac 2015 Jumlah
    Gombak 0 2 9 21 0 32
    Petaling 3 4 26 6 0 39
    Hulu Langat 0 1 15 4 0 20
    Hulu Selangor 0 1 54 0 0 55
    Sepang 0 1 4 2 0 7
    Klang 0 0 4 1 0 5
    Kuala Langat 0 0 5 0 1 6
    Kuala Selangor 0 0 3 1 0 4
    Sabak Bernam 0 1 0 0 0 1
    Jumlah 3 10 120 35 1 179

     

  2. Berapa yang telah berdaftar dan tidak berdaftar. Apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku?

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat, sebanyak 1,017 buah taska telah berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan kanak-kanak 1984 yang meliputi Taska Institusi, Taska Di Rumah, Taska Komuniti dan Taska Di Tempat Kerja. Jumlah pendaftaran taska ini meningkat di setiap tahun kerana tahap kesedaran ibu bapa dan pengusaha taska juga telah meningkat serta melalui operasi pemantauan yang dibuat oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.

    Jadual 2 di bawah menunjukkan bilangan taska yang telah berdaftar mengikut daerah adalah seperti berikut :-

    BIL DAERAH 2011 2012 2013 2014 HINGGA MAC 2015 JUMLAH
    1. PETALING 48 103 109 98 2 360
    2. KLANG 4 8 40 6 0 58
    3. HULU LANGAT 8 36 65 62 3 174
    4. KUALA SELANGOR 11 37 14 5 0 67
    5. GOMBAK 10 39 34 48 0 131
    6. HULU SELANGOR 2 27 66 3 0 98
    7. SABAK BERNAM 1 5 0 0 0 6
    8. KUALA LANGAT 5 17 22 12 1 57
    9. SEPANG 6 13 16 31 0 66
      JUMLAH 95 285 366 265 6 1,017

    Jadual 3 di bawah menunjukkan bilangan taska yang tidak berdaftar mengikut daerah sehingga Februari 2015 adalah seperti berikut :-

    BIL DAERAH BILANGAN TASKA TIDAK BERDAFTAR
    1 Kuala Langat 9
    2 Shah Alam 26
    3 Petaling 27
    4 Subang Jaya 46
    5 Klang 56
    6 Hulu Selangor 3
    7 Gombak 0
    8 Sepang 17
    9 Hulu Langat 151
    10 Sabak Bernam 0
    11 Kuala Selangor 1
      JUMLAH 336

    Merujuk statistik yang dibuat oleh Bahagian Penguatkuasan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, sebanyak 336 buah taska yang masih belum berdaftar. Jumlah ini termasuk dengan jumlah taska sedia ada yang tidak berdaftar dan taska-taska yang baru beroperasi. Atas usaha gigih yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor melalui hebahan media massa,  tindakan advokasi, operasi-operasi pemantauan dan program-program kesedaran kepada pengusaha taska, maka jumlah ini telah berkurangan dari tahun ke tahun.

  3. Apakah Polisi kerajaan bagi memastikan pengasuhan di rumah ini di daftarkan?

    Bagi memastikan pengasuhan di rumah atau taska di rumah didaftarkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor di bawah Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan penguatkuasaan berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 melalui operasi pemantauan, menjalankan tindakan KOMPAUN, tindakan LAK (disita) dan pendakwaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.