Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

57) TASK FORCE PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008 telah memulakan suatu task force khas yang diketuai oleh YB Iskandar dan YB Saari Sungib untuk menghidupkan semula projek - projek perumahan yang terbengkalai. Senaraikan projek-projek yang telah berjaya di majukan semula atas usaha task force ini

    Untuk makluman Y.Berhormat, sebanyak 12 projek yang telah dimajukan semula atas usaha task force ini melalui memorandum persefahaman (MOU) dan memorandum of agreement (MOA) di antara pemaju asal dan kontraktor penyelamat seperti berikut :

    NO NAMA PROJEK PEMAJU ASAL PEMAJU/KONT RAKTOR

    PENYELAMAT

    BILANGAN UNIT
       
       
    1 Cadangan Membina 1 Blok Pangsapuri (RPKR),

    19         Tingkat       Di        Atas

    Sebahagian Lot 163, Seluas 9.19 Ekar, Ukay Bistari, Mukim Hulu Klang, Daerah

    Gombak

    Y-Talis

    Housing Sdn.

    Bhd. &

    Damai Bistari Sdn. Bhd.

    Weiru Capital Sdn. Bhd. 256        Unit       –

    Pangsapuri Kos

    Rendah

    2 Cadangan Perumahan Di Taman Ukay Bistari Di Atas Lot 648,649,621 & 824,

    Kampung Pasir, Mukim Hulu

    Klang, Daerah Gombak

    Damai Bistari Sdn. Bhd. -Pertiwi Prestij Sdn. Bhd.

    -Syarqiah

    Holdings Sdn. Bhd.

    -NBH Standard Links

    146                Unit-

    Pangsapuri Kos

    Rendah 16 Tingkat,

    120         Unit       –

    Pangsapuri

    Kos      Sederhana

    Rendah

     

          Enterprise Sdn. Bhd.

    -Raih Zaman (M) Sdn.Bhd.

    -Sama Sejati

    Sdn. Bhd

    And

    -Pertiwi Prestij Sdn. Bhd.

    12 Tingkat,

    60 Unit – Kos Sederhana 8 Tingkat,

    1027      Unit      –

    Service

    Apartment       6 Blok,

    79     Unit     Kedai

    Dan Pejabat

    3 32 Projek Perumahan Terbengkalai Di Daerah Klang (12 Projek) dan Daerah Kuala Langat (20

    Projek)

    Rhid

    Development Sdn. Bhd.

    Faza Impiana Sdn. Bhd.

    &

    Inventive Power Sdn. Bhd.

    964       unit       –

    Rumah

    Berkembar         &

    Banglo

    4    Cadangan            Pembinaan

    Rumah Kos Rendah, Jalan

    Plato U5/138, Seksyen U5,

    Shah Alam

    Unique

    Creation Sdn.

    Bhd.

    ECL

    Management Sdn. Bhd.

    840 Unit – Rumah

    Kos Rendah

    10 Unit – Kedai

    5    Cadangan            Pembinaan

    Ruma Teres Di Atas Lot Sub

    Lot 1 Hingga 244 (Fasa 5e) Di Atas Sebahagian Lot 48729 (16929), Mukim

    Petaling, Daerah Petaling

    Lestari

    Puchong Sdn.

    Bhd.(Talam

    Corporation Berhad)

    RSS PMC Sdn. Bhd. 244       Unit       –

    Rumah Teres

    6 Cadangan Pembinaan Rumah Pangsa Kos

    Rendah, Saujana Puchong Mukim Petaling, Daerah

    Petaling

    Expand Factor

    Sdn Bhd

    (Talam

    Corporation Berhad)

    RSS PMC Sdn. Bhd.. 228 Unit – Rumah

    Pangsa           Kos

    Rendah

    7 Projek Pembinaan Gombak Perdana Villa Di Atas Lot 5311 HS(D) 1733 Mukim

    Setapak, Daerah Gombak

    RSS PMC

    Sdn. Bhd.

    Pertiwi Prestij Sdn.Bhd. 222                Unit

    Pangsapuri

    Kos Sederhana

    8 Projek Taman Mudun, 18 unit rumah teres 1 tingkat, Rimbun Capital

    Sdn           Bhd.

    Central Malaya Construction Co. 18 unit
      daerah Hulu Langat (Liquidator) Sdn Bhd.  
    9 Projek Taman Malim Mas, 131 unit rumah teres kos sederhana, daerah Hulu Selangor Rimbun

    Corporate

    (Liquidator)

    Sri Wilayah Enterprise Sdn Bhd. 131 unit
    10 Projek di lot 1640 (70 unit rumah teres), Kg Sg. Ramal, Kajang, daerah

    Hulu Langat

    ZM

    Development Sdn Bhd.

    Bina Siap (M) Sdn Bhd 70 unit
    11 Projek Putera Intan Kondominium Dengkil, Daerah Sepang. Lembah Kerjaya             Sdn Bhd. Pembinaan

    Purcon          Sdn

    Bhd.

    300 unit
    12 Projek pembinaan 175 unit Pangsapuri Taman Sri Angsana Hilir, Mukim Ampang. Kabra Holdings Sdn Bhd. &

    RSS          PMC

    Sdn. Bhd.

    Pertiwi Prestij Sdn. Bhd. 175 unit
  2. Dalam cara apakah Task Force ini telah menjadi pemudah cara untuk melakukan koordinasi di antara pemaju, Pentadbir Tanah , Pihak Berkuasa Tempatan , Bank dan pembeli agar perumahan dapat dihidupkan semula dengan segera?

    Task Force Pemulihan Projek Terbengkalai yang dipengerusikan oleh YB Tuan Saari Sungib di mana empat (4) Konsultan iaitu Rimbun Capital Sdn. Bhd., RSS-PMC Sdn Bhd.,Crimson Landscape dan SMY Capital Sdn Bhd telah bekerjasama dengan jawatankuasa ini bagi membantu untuk menilai semula sama ada projek terbengkalai tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. Sekiranya kajian daripada konsultan mendapati projek tersebut berdaya maju dipulihkan, jawatankuasa ini akan mengaturkan perbincangan yang bertindak sebagai mediator atau pemudah cara di antara semua pihak terlibat bagi mencari jalan penyelesaian ke arah pemulihan projek tersebut. Hasil daripada persetujuan bersama di antara pemaju asal dengan pemaju penyelamat maka usaha menghidupkan semula projek terbengkalai dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, satu mesyuarat berkala telah diadakan bagi memantau perkembangan projek tersebut dalam memastikan pelaksanaan projek tersebut dapat dipulihkan.

  3. Apakah peranan yang telah dimainkan oleh task force ini untuk membantu kontraktor penyelamat ECL Management untuk menghidupkan projek RKR di Bandar Pinggiran Subang , U5 Shah Alam

    Dalam usaha membantu kontraktor penyelamat ECL Managment untuk menghidupkan projek RKR di Bandar Pinggiran Subang, U5 Shah Alam, jawatankuasa task force khas ini yang diketuai oleh saya sendiri dan dibantu oleh YB Saari Sungib telah membawa perkara ini kepada pengetahuan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan berhubung cadangan penyelesaian pemulihan projek tersebut. Di atas persetujuan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, sebanyak 3 blok daripada 6 blok RKR yang akan dibangunkan dipersetujui dibuat pindaan pelan dan dijual pada harga bebas manakala 3 blok sedia ada masih dikekalkan sebagai RKR. Dengan itu, usaha memulihkan projek tersebut dapat dipulihkan dengan segera dan membantu kontraktor penyelamat ECL Managment dalam menampung kerugian di atas pemulihan 3 blok RKR sedia ada yang terbengkalai.

Lampiran

Tiada Lampiran.