Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
187) TASIK BANDARAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah ada kaedah dari Kerajaan Negeri bagi membaik pulih air di sekitar Tasik Bandaran?
Bagi kaedah meningkatkan kualiti air di Tasik Bandaran, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menggunakan kaedah pengudaraan iaitu sistem aerator. Kaedah ini akan menggunakan kipas mekanikal bagi membantu meningkatkan pengudaraan di dalam air dan secara tidak langsung membantu hidupan akuatik serta mempercepatkan tindakan balas mikroorganisma seperti proses pereputan bahan organik yang berada di dalam air. Selain itu, penggunaan larutan effective microorganism (EM) akan digunakan bagi membantu proses rawatan secara biologi.