Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
41) TARIKAN PELANCONGAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memajukan tempat-tempat tarikan pelancongan di daerah Kuala Selangor dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor?
MPKS menguruskan tarikan pelancongan seperti Bukit Malawati dan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Pusat pelancongan tersebut telah ditambah baik dari semasa ke semasa seperti pembangunan semula Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan naiktaraf jalan di Bukit Malawati yang mengambil kira keselesaan dan kemudahan untuk pengunjung.
MPKS juga giat mempromosikan tarikan pelancongan tersebut dengan kerjasama agensi promosi pelancongan Negeri iaitu Tourism Selangor.
-
Apakah usaha-usaha untuk memajukan pantai Sg. Kajang dalam Daerah Kuala Selangor yang mempunyai potensi untuk dijadikan tarikan pelancong dan tempat rekreasi?
MPKS telah memohon peruntukkan dari Kementerian Pelancongan & Kebudayaan bagi menyediakan penambahbaikan kemudahan awam di Pantai Sg Kajang. MPKS juga akan berkerjasama dengan agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah & Daerah Kuala Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor bagi perancangan pembangunan Pantai Sg Kajang mengikut bidang kuasa masing-masing.