Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

217) TARAF PENDIDIKAN MASYARAKAT ORANG ASLI

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar kemasukan dan penyiapan murid Orang Asli ke sekolah rendah dan menengah?

    Bagi tahun 2022, kadar kemasukan murid Orang Asli ke sekolah rendah adalah seramai 2,613 orang yang melibatkan 145 buah sekolah manakala bagi sekolah menengah pula seramai 1366 orang yang melibatkan 85 buah sekolah dan perincian adalah seperti berikut:

     

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelajar-pelajar Orang Asli menerima bantuan di bawah Skim Galakan Bantuan Belajar (SGBP) di bawah seliaan JAKOA seperti senarai berikut:

    • Bantuan Wang Saku bagi setiap pelajar sebanyak RM4.00/hari;
    • Bantuan tuntutan pelbagai pada kadar maksimum sebanyak RM80.00 (Sekolah Rendah) dan RM120.00 (Sekolah Menengah);
    • Bantuan pengangkutan ke sekolah; dan
    • Bantuan pakaian seragam sekolah bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1
  2. Apakah bantuan Kerajaan Negeri untuk murid Orang Asli terutamanya mereka yang OKU?

    Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor telah memperkenalkan Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.

     

    Bantuan khas ini terbuka kepada semua rakyat di Negeri Selangor yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Justeru, masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor yang mempunyai tanggungan anak OKU juga turut menikmati bantuan ini. Bantuan ini disediakan dalam dua bentuk iaitu yang pertama manfaat kewangan seperti Bantuan Khas ANIS dan Didik ANIS. Yang Kedua ialah Program Pemberdayaan ANIS, yang merangkumi Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (PUSPANIS), Program Seminar Keibubapaan Anak Istimewa Selangor (ANIS), Cikgu Anak Istimewa Selangor (ANIS) dan Training of Trainers.

Lampiran

Tiada Lampiran.