Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

166) TARAF BANDARAYA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat untuk sesebuah PBT memohon taraf Bandaraya dan prosidurnya?

    Merujuk kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bil. 4 Tahun 2008: Kriteria Baru Naik Taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberi penjelasan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT berhubung kriteria baru yang digunakan bagi permohonan naik taraf PBT. Naik taraf PBT adalah selaras dengan peruntukan seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] di mana PBN, dengan berunding dengan Menteri dan PBT, boleh, melalui pemberitahuan dalam warta menukar taraf sesuatu PBT. Kriteria baru naik taraf PBT menekankan kepada lima (5) perkara yang berikut:

    i. jumlah penduduk;
    ii. jumlah hasil tahunan;
    iii. sistem penyampaian perkhidmatan;
    iv. keupayaan pusat pertumbuhan baru; dan
    v. kemampuan menyediakan perkhidmatan bandar, kemudahan infrastruktur, dan utiliti awam serta keupayaan membentuk jenama dan imej bandar.

    PBT perlu memenuhi 11 kriteria yang ditetapkan oleh KPKT bagi permohonan penaikan taraf Bandaraya. Kertas cadangan daripada PBT boleh dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk pertimbangan.

  2. Senaraikan masa untuk Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya memohon dan berjaya mendapat taraf Bandaraya?

    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil anggaran tempoh masa 12 bulan bermula daripada penyerahan draf kertas cadangan MMKN sehingga tarikh pewartaan sebagai Bandaraya.

  3. Senaraikan rizab atau wang simpanan setiap PBT sejak tahun 2015 sehingga ke sekarang?

    Senarai rizab tunai tahun 2015 hingga tahun 2020 yang telah diaudit bagi setiap PBT Negeri Selangor adalah seperti yang dilampirkan. Penyata kewangan 2021 masih dalam penyediaan oleh PBT untuk dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara sebelum 30 April 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.