Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

90) TAPAK WARISAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tapak warisan yang telah diwartakan di Negeri Selangor mengikut daerah?

    Terdapat 19 tapak warisan yang telah diwartakan di Negeri Selangor. Ia nya terbahagi kepada dua kategori iaitu Warisan Kebangsaan dan juga Warisan . Untuk keterangan lanjut, disertakan Senarai inventori tapak yang telah diwartakan di Negeri Selangor mengikut Daerah.

     

             SENARAI INVENTORI TAPAK WARISAN (BANGUNAN/ MONUMEN) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

     

    BIL

     

    NAMA BANGUNAN

     

    DAERAH

     

    MUKIM

     

     

    NO.&TARIKH WARTA

     

    STATUS

    1. Pejabat Daerah Lama Kuala Langat, Kuala Langat Kuala Langat Jugra P.U. (A) 492 / 19/12/2002  
    2. Penjara Lama Jugra, Kuala Langat Kuala Langat Jugra P.U. (A) 492 / 19/12/2002  
    3. Masjid Alauddin, Kuala Langat Kuala Langat Bandar P.U. (A) 212 / 24/7/1980

    &

    P.U. (B) 185/

    14/4/1983

     
    4. Istana Alauddin / Istana Bandar, Kuala Langat, Banting Kuala Langat Bandar P.U. (A) 212 / 24/7/1980

    &

    P.U. (B) 185 / 14/4/1983

     
    5. Makam Diraja Jugra Kuala Langat Jugra P.U. (A) 492/19/12/2002  
    6. Setor Peluru, Kuala Langat Kuala Langat Jugra P.U. (A) 492 / 19/12/2002  
    7. Bangunan Sultan Suleiman (Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz), Jalan Dato’ Hamzah Klang Klang   Tiada No. warta WK kerana dalam proses Pewartaan

    (Perundingan )

    8. Masjid Diraja Sultan Suleiman, Jalan Kota Raja, Klang Klang Bandar Klang   Tiada No warta WK kerana dalam proses Pewartaan (Perundingan

     

    9. Sekolah Convent, Jalan Tengku Kelana, Klang Klang Klang P.U. (B) 90 / 29/3/2012  
    10. Gedong Raja Abdullah, Jalan Gedong Raja Abdullah, Klang Klang Klang P.U. (A) 56 / 4/3/1982

    &

    P.U. (B) 185 / 14/4/1983

     
    11. Kota Raja Mahadi, Klang Klang Klang P.U. (A) 285 / 9/10/1980

    &

    P.U. (B) 185 / 14/4/1983

     
    12. Kota Tanjong Keramat, Kuala Selangor Kuala Selangor Kuala Selangor P.U. (A) 266 / 8/9/1977

    &

    P.U. (B) 322 / 28/6/1979

     
    13. Bukit Raja Kuala Selangor Kuala Selangor P.U. (A) 428 / 14/10/1999  
    14. Kota Malawati, Bukit Melawati, Kuala Selangor Kuala Selangor Kuala Selangor P.U. (A) 266 / 8/9/1977

    &

    P.U. (B) 322 / 28/6/1979

     
    15. Ibu Empangan Sungai Tengi Kuala Selangor Tanjung Karang P.U. (A) 428 / 14/10/1999  
    16. Balai Polis Trafik Kuala Kubu Bharu (asal gereja) Hulu Selangor Kuala Kubu Baharu PU. (B) 275 / 10/07/2015  
    17. Masjid Ampang Pecah (Masjid Lama Al-Hidayah), Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

     

     

    Hulu Selangor Ampang Pecah P.U. (B) 299 / 21/9/2012

     

     

     
    18. Makam Saiyid Mashor bin Mohammad  Ash-Shahab Hulu Selangor Kerling P.U. (A) 261 / 11/9/1980

    &

    P.U. (B) 185 / 14/4/1983

     
    19. Kuil Sri Subramaniar Swamy, Jalan Batu Caves Gombak Batu Caves   Tiada No warta WK kerana dalam proses Pewartaan

    (Perundingan)

     

     

    PETUNJUK:-

    STATUS WARISAN JUMLAH
    Warisan Kebangsaan 5
    Warisan 14
    Jumlah Keseluruhan 19
  2. Apakah inisiatif dan pelaburan Kerajaan Negeri dalam usaha pemuliharaan dan promosi pelancongan tapak warisan yang terdapat di negeri ini?

    Kerajaan negeri melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah pun mengambil langkah proaktif dengan menaik taraf tapak dan bangunan warisan di seluruh negeri Selangor. Kajian juga sedang dijalankan untuk mewartakan tapak dan bangunan yang mempunyai nilai sejarah.

     

    Kerja-kerja menaiktaraf telah dilaksanakan ke atas beberapa tapak dan bangunan yang telah diwartakan diantaranya Gedung Raja Abdullah di Klang, Bukit Malawati Kuala Selangor dan Istana Bandar Kuala Langat,

     

    Terkini, PADAT sedang dalam tindakan melindungi tapak-tapak warisan melalui program pewartaan peringkat negeri bagi tapak-tapak yang terdapat di negeri Selangor. Antaranya ialah Pekan Batu Arang di Daerah Gombak yang mempunyai kepentingan sejarah perlombongan arang batu, Bandar Diraja Klang yang mempunyai kepentingan sejarah sebagai Bandar Diraja. Tapak lombong dan kapal “Seri Banting” yang mempunyai sejarah perlombongan di negeri Selangor. Kawasan lain ialah kawasan Kuala Kubu Lama dan Bharu serta Pekan Kuala Selangor lama.

    Selain itu, bagi menghidupkan tapak-tapak warisan ini, PADAT akan melaksanakan program di Bukit Malawati Kuala Selangor dengan program-program diantaranya ialah larian tangga 100 Bukit Malawati Kuala Selangor pada setiap tahun bagi merebut Piala Raja Muda Selangor. Membangunkan bangunan-bangunan lama untuk dijadikan homestay, penubuhan Muzium Monyet dan mengadakan pertunjukan kebudayaan disetiap hujung minggu.

    Tujuan utama pelestarian kawasan-kawasan ini adalah bagai mengekalkan bukti-bukti sejarah dan seterusnya membantu membangunkan industri pelangongan melalui program pelancongan warisan. PADAT juga akan memastikan semua daerah di negeri Selangor mempunyai tinggalan warisan yang boleh dijadikan sebagai destinasi pelancong.

    Antara usaha yang dijalankan dengan kerjasama Tourism Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor bagi mempromosikan tapak warisan yang menjadi produk pelancongan di Negeri Selangor adalah seperti yang berikut:-

    • Pelancaran Pakej Pelancongan “Selangor Royal Trail Package” oleh Tourism Selangor. Selangor Royal Heritage Trail memfokuskan kepada kekayaan sejarah dan warisan diraja negeri Selangor, merentasi tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat dan Klang.
    • Penganjuran Program “Royal Klang Heritage Walk” kerjasama dengan pihak Majlis Pembandaran Klang, yang merupakan program lawatan berjalan berpandu yang dijalankan paada setiap hari Sabtu dan Ahad secara percuma. Program ini mempromosikan lebih 13 bangunan bersejarah dan tapak warisan yang ada di sekitar bandar Klang. Program ini juga telah ditambah baik menggunakan perisian aplikasi telefon pintar, dimana para pengunjung boleh menggunakan perisian ini untuk melawat ke tapak warisan tersebut.
    • Penganjuran Program “Kajang Heritage Walk” kerjasama dengan pihak Majlis Pembandaran Kajang dan Kajang Heritage Centre, yang merupakan program lawatan berjalan berpandu yang dijalankan paada setiap hari Sabtu. Program ini mempromosikan lebih 10 bangunan bersejarah dan tapak warisan yang ada di sekitar bandar Kajang.
    • Tourism Selangor bekerjasama dengan pihak Berkuasa Tempatan (PBT), penggiat industri pelancongan serta produk-produk pelancongan di Negeri Selangor bekerjasama erat untuk menganjurkan sesi lawatan tapak atau FAM Trip bersama dengan agensi pelancongan untuk meningkatkan penjualan pakej pelancongan warisan dan budaya untuk para pelancong dan agensi media tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan publisiti ke peringkat global mengikut jadual.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.