Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
78) TAPAK TANAMAN KONTAN ORGANIK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah insentif Kerajaan Negeri berikan kepada para petani dalam bidang tanaman organik
Insentif yang disediakan bagi petani bidang tanaman organik :
- Petani dalam bidang tanaman organik yang memohon pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) akan dibantu dari segi pengujian sampel makmal terhadap kesan sisa baki racun (MRL), ujian logam berat dan sampel air secara percuma.
- 1,000 pelekat lambang Skim Organik Malaysia secara percuma diberikan kepada ladang-ladang organik yang telah mendapat pensijilan SOM. Logo SOM mempunyai integriti serta dipercayai kerana kawalan terhadap pensijilan yang ketat dan diiktiraf di peringkat antarabangsa yang akan memberi laluan mudah untuk petani mengeksport produk organik mereka.
- Khidmat nasihat dan perundingan oleh Jabatan Pertanian
- Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian turut memberi insentif galakan kepada penerima sijil. Pada tahun 2012 seramai 43 petani yang telah memperolehi Sijil SALM Dan SOM memdapat insentif daripada pihak jabatan berupa peralatan pertanian manakala pada tahun 2013 seramai 139 petani MyGAP /SOM telah memdapat manfaat yang sama.
-
Adakah Kerajaan Negeri mengenal pastikan tapak-tapak kerajaan di Daerah Kuala Langat untuk Projek tanaman organik
Buat masa ini, tapak-tapak milik kerajaan di Daerah Kuala Langat belum lagi dikenalpasti untuk projek tanaman organik. Namun demikian, Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat telah mengenalpasti 1,100 hektar tanah terbiar milik individu di Daerah Kuala Langat. Status terkini masih dalam urusan untuk mengenalpasti pemilik tanah terbiar tersebut dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat. Jabatan Pertanian berhasrat menjalankan program pembangunan pertanian di tanah terbiar dengan membuat pemadanan (matching) diantara pemilik dengan pengusaha/petani yang berminat untuk mengusahakan tanah terbiar.
Pengusaha yang berminat untuk mengusahakan tanah terbiar tersebut akan dibimbing untuk menjalankan projek pertanian secara ‘natural farming’ dan organik.
Secara keseluruhan, sehingga tahun 2014, Daerah Kuala Langat mempunyai sebanyak 15 projek MyGAP dengan keluasan keseluruhan 222.33 ha yang telah mendapat persijilan manakala bagi persijilan SOM sebanyak 3 projek SOM dengan keluasan 7.82 ha telah memperolehi persijilan.
-
Sila nyatakan lokasi tapak dan keluasannya
Kawasan tanah terbiar di setiap mukim dengan keluasan 1,100 hektar yang dicadangkan untuk dibangunkan dengan tanaman secara ‘natural farming’ dan organik.