Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

211) TAPAK SURAU DIJADIKAN TAPAK BERNIAGA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tempoh tapak surau yang telah diluluskan pembinaan surau di atasnya?

    Tempohnya adalah bergantung kepada kutipan dana daripada pihak kariah.

  2. Apakah tindakan JAIS memastikan pembinaan surau dijalankan dan tidak disalahgunakan untuk tujuan lain?

    Pemantauan secara berkala dilakukan semasa proses perancangan, pembinaan, siap dan sewaktu beroperasi.

  3. Apakah status pembinaan Surau Istiqlal di tapak yang baru di Jalan PJS 1/25?

    Belum dibina dan tiada perancangan untuk pembinaan. Hal ini kerana surau sedia ada masih mampu menampung jemaah yang hadir.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.