Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
198) TAPAK SMK KOTA WARISAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah tapak cadangan pembinaan sekolah ini telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan?
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) telah dimaklumkan untuk memohon tapak SMK Kota Warisan ini melalui Borang Jadula 1 dan mengemukakannya kepada PDT Sepang untuk diproses. Ini berikutan hal-hal tanah telah diselesaikan oleh pemilik tanah iaitu Pilihan Teraju. Premium telah dibayar berjumlah RM10,333,620.00. Walau bagaimanapun, sehingga kini PDT Sepang masih belum menerima permohonan pemberimilikan tanah daripada PTP.
-
Apakah permasalahan yang dihadapi dan apakah jalan penyelesaian untuk mempercepat proses ini?
PDT Sepang akan memproses permohonan ini sekiranya PTP mengemukakan permohonan.