Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

306) TAPAK SAMPAH HARAM DI KAMPUNG SUNGAI SERDANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah isu tapak pelupusan sampah haram wujud sekian lama tanpa tindakan berkesan di Kampung Sungai Serdang?

    Kewujudan tapak sampah haram ini disebabkan oleh :

     

    1. Penambakan tanah dibuat oleh pemilik tanah bagi membangunkan kawasan tersebut tanpa mendapat kelulusan atau permit daripada pihak Majlis;
    2. Kawasan Sungai Serdang ini merupakan kawasan kampung dan pendalaman dan menyebabkan segelintir orang awam mengambil kesempatan untuk membuang sampah di kawasan yang terpencil;
    3. Kewujudan banyak kilang-kilang haram yang beroperasi dan pembuangan sisa yang tidak dilupuskan dengan cara yang betul;
    4. Pemilik tanah ambil mudah dan tidak bertanggungjawab terhadap pencerobohan tanah yang dimilikinya.
  2. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan sampah haram yang telah menggunung dibersihkan?

    Pembuangan sampah yang dilakukan di kawasan-kawasan yang melibatkan tanah persendirian atau  mana-mana syarikat atau agensi sebenarnya adalah di bawah tanggungjawab pemilik tanah tersebut. Segala kos pembersihan perlulah ditanggung sendiri oleh pemilik tersebut. Begitu juga tanah-tanah kerajaan yang dipegang oleh agensi-agensi tertentu. Agensi tertentu mempunyai kuasa ke atas tanah yang telah diserahkan kepada mereka.

  3. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dari Mei 2023 hingga sekarang?

    Beberapa tindakan diambil oleh pihak Majlis ke atas lokasi pembuangan sampah haram Kampung Sungai Sedang ini antaranya :

Lampiran

Tiada Lampiran.