Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

2) TAPAK RIZAB SEKOLAH AGAMA DI FASA 9 BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG, SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Baru-baru ini pihak JAIS telah bersetuju menyerahkan semula tapak rizab Sekolah Agama Bandar Tasik Kesuma seluas 3 ekar di Fasa 9 Bandar Tasik Kesuma kepada pemaju sebagai 'Land Swap' untuk mengekalkan tapak tersebut. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini agar tanah seluas 3 ekar tersebut dikekalkan sebagai tapak sekolah agama di Bandar Tasik Kesuma?

  2. Apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai rizab tapak sekolah agama untuk satusatu projek pembangunan memandangkan kawasan seperti Bandar Tasik Kesuma dan pembangunan persekitaran adalah merupakan kawasan pembangunan yang begitu pesat serta mempunyai kadar penduduk yang padat?

Lampiran

Tiada Lampiran.