Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
13) TAPAK PERKUBURAN PELBAGAI KAUM DI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Tapak perkuburan pelbagai kaum di Selangor semakin berkurangan. Apakah langkah-langkah Kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah ini?
Bagi penyelesaian untuk mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan telah
dibincangkan di dalam Retreat Exco Halatuju Perancangan dan Pembangunan Negeri
Selangor 2025 pada 29-30 Julai 2008.
Hasil daripada Retreat Exco tersebut, Kerajaan Negeri menyediakan Laporan Halatuju
Perancangan dan Pembangunan Negeri Selangor 2025 yang telah di bentang dan
diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor Ke 12 pada Mac 2009.
Laporan Halatuju tersebut telah menetapkan penyediaan Integrated Regional Cemetry
untuk menampung penyediaan tanah perkuburan bagi pembangunan khususnya di
Daerah Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak dan Sepang. Kerajaan Negeri akan
menentukan lokasi yang sesuai untuk Integrated Regional Cemetry bagi menampung
keperluan tanah perkuburan semasa dan akan datang untuk seluruh daerah di Negeri
Selangor.
Bagi pembangunan lot-lot kecil, Kerajaan Negeri mengenakan syarat bayaran caruman
sebanyak RM 62.50 bagi setiap satu unit rumah. Bagi pembangunan berskala besar
sebagai contoh 250 ekar, pihak pemaju perlu menyediakan tanah perkuburan di dalam
cadangan tapak pembangunannya sendiri.Soalan tambahan kepada soalan a)
Apakah piawaian yang digunakan di Negeri Selangor untuk tapak perkuburan?
Berdasarkan piawaian tanah perkuburan di dalam Manual Garis Panduan dan Piawaian
Perancangan Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh MMKN ke 28/2007 bertarikh 3
Oktober 2007 untuk pemakaian di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor
adalah seperti jadual berikut:
Piawaian Tanah Perkuburan
Tanah Perkuburan
Hierarki Penempatan Bilangan Penduduk
Islam Bukan Islam
a. Bandar Besar 200,000 + 25 hek
(61.8 ek)
15 hek
(37.1 ek)
b. Bandar kecil atau
Pekan 75,000-200,000 10-25 hek
(24.7-61.8 ek)
5-15 hek
(12.4-37.1 ek)
c. Kawasan Kejiranan 10,000-75,000 2-10 hek
(5-24.7 ek))
0.4-1.2 hek
(1-3 ek)
Nota : Setiap tambahan bagi penduduk berikutnya, perlu tambahan sebanyak 0.0001
hek (0.0005 ek) kawasan perkuburan. -
Berapakah permohonan tapak perkuburan setakat ini?
Jawapan seperti di lampiran A.
NO DAERAH TAPAK PERKUBURAN JUMLAH
ISLAM CINA INDIA
1. Sabak Bernam 42 5 3 50
2. Kuala 2 1 2 5
Selangor
3. Kuala Langat 18 6 2 26
4. Sepa~g 16 1 1 18
5. Klang 15 – 1 16
6. Hulu Selangor – – – –
7. Hulu Langat 12 2 – 14
8. Petaling 21 1 – 22
9. Gombak 1 1 – 2
JUMLAH 127 17 9 153