Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
68) TAPAK PERKUBURAN CINA TG. SEPAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan pembesaran Tapak Perkuburan Cina Tg. Sepang di Daerah Sepang oleh jawatankuasa Pertubuhan Perkuburan Cina Tg. Sepat?
Permohonan pembesaran Tapak Perkuburan Cina Tg. Sepang oleh Jawatankuasa Pertubuhan Perkuburan Cina Tg. Sepat masih dalam tindakan untuk diwartakan. Draf warta telah disediakan oleh Pejabat Tanah Sepang dan telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor pada 2.5.2012.
-
Adakah kerajaan negeri sedia meluluskan permohonan atau tidak?
Permohonan untuk mewartakan tapak kubur ini telah diluluskan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 27.09.2008. Kelewatan mewartakan tapak ini kerana menunggu Pelan PA dari Jabatan Ukur dan Pemetaan di mana Pelan PA telah dikeluarkan dan diterima oleh Pejabat Tanah Sepang pada
17.04.2012. Maklumat tapak tersebut adalah :-
- Lot 114882 (PA 203426), Mukim Sepang
- Luas 32602 mp (8 ekar)
- Pelan PA diterima pada 17.04.2012 daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan
-
Jika tidak, kenapa?