Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
270) TAPAK PERKUBURAN BUKAN ISLAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan tapak perkuburan bukan Islam?
Kerajaan Negeri melalui mesyuarat MMKN ke 24/2011 telah bersetuju melaksanakan konsep perkuburan wilayah bersepadu (PWB) di Negeri Selangor mengikut lokasi dan wilayah-wilayah kedudukan PBT. Cadangan tapak-tapak PWB akan dikenal pasti mengikut kewujudan tapak, kadar kemudahsampaian dan kemudahan aksesibiliti untuk perkongsian bersama antara PBT yang berhampiran bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan PBT berjiran. Konsep PWB akan dibahagikan kepada tiga zon, iaitu:
- Zon Utara : cadangan tapak PWB di kawasan MPK / MDKS / MBSA
- Zon Timur : cadangan tapak PWB di kawasan MPKj / MDHS
- Zon Selatan : cadangan tapak PWB di kawasan
Sebagai cadangan awal, empat tapak perkuburan dengan anggaran keluasan
300.63 hektar (742.87 ekar) telah dikenal pasti sebagai tapak PWB di Negeri Selangor iaitu:
§ Zon Selatan :
- Lot 3366, Mukim Labu, Sepang (MPSp)
- Lot 5758, Mukim Sepang (MPSp)
- Kawasan RRIM, Petaling Jaya (MBPJ)
.
§ Zon Timur :
i) Tapak tanah perkuburan bersepadu di Hulu Semenyih, Kajang (MPKj) yang meliputi sejumlah 33 lot
Selain itu, kerajaan negeri juga telah mewartakan tanah seluas lebih kurang
10.117 hektar (25 ekar) di Lot 5758 GRN 80611 Mukim Dengkil, Sepang, bagi tujuan kegunaan Tapak Perkuburan Cina dan Perkuburan Islam di kawasan Sepang dan Sungai Pelek, Sepang.
-
Sila nyatakan lokasi krematorium yang dimiliki PBT?
Sebanyak 5 buah krematorium telah dibina di PBT Negeri Selangor. Berikut adalah jumlah krematorium dan lokasi mengikut PBT:
PBT JUMLAH KREMATORIUM LOKASI MBSA 1 Tanah Perkuburan Cina Seksyen 21, Shah Alam MPK 1 Krematorium MPK, Jalan Langat, Klang MSPJ 1 Puchong Batu 14, Mukim Petaling, Daerah Petaling MPAJ 1 Lot 2945, Jalan Kolam Air Lama, Ukay Heights MBPJ 1 Jalan 229, Section 51, Petaling Jaya. -
Sila nyatakan lokasi yang sesuai di MPSJ untuk membina ÒFuneral ParlourÓ
Lokasi untuk membina “Funeral Parlour” adalah seperti berikut:
Bil Lokasi Luas 1. Tapak Tokong, Jalan PUJ 9/4, Taman Puncak Jalil,
No Pelan:MPSJ/JPB/600-1/2/BP6-2(PS)(F)
Bertarikh 16 Ogos 2013
0.481 ekar 2. Tapak Tokong, Persiaran Desaminium 1, Taman Desaminium No Pelan:MPSJ.PS(A)260/1/157
Bertarikh 07 September 2010
1.070 ekar Lokasi tapak hanyalah berdasarkan pelan Kelulusan Kebenaran Merancang. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk kelulusan tanah.