Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
209) TAPAK PENJAJA KECIL SEMENTARA DI DUN MERU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di manakah lokasi tapak penjaja sementara dikeluarkan oleh MPK?
Tapak yang dibenarkan hanya ditapak-tapak pasar malam sahaja.
-
Adakah inisiatif MPK untuk menempatkan dan memberi peluang berniaga tak bertapak niaga?
Majlis menggalakkan penjaja kecil ke tapak-tapak pasar malam dan pagi yang disediakan dan menggalakkan perniagaan secara ”food truck”.
-
Bagaimanakah mengatasi penjaja tanpa lesen tanpa mengabaikan kebajikan mereka?
Mengadakan dasar supaya setiap projek pembangunan yang dibuat perlu diwajibkan menyediakan lokasi/tapak penjaja-penjaja.