Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

189) TAPAK PENJAJA DI BUKIT BERUNTUNG DAN BUKIT SENTOSA, HULU SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. MPHS telah mengeluarkan notis kepada semua penjaja di tepi jalan utama di kawasan Bukit Beruntung/Bukit sentosa atas tujuan pembersihan dan pengindahan jalan utama. Apakah MPHS akan menyediakan tapak niaga kepada penjaja yang terkesan?

    MPHS menyediakan tapak penjaja di kawasan seperti berikut:

     

    1. Bukit Sentosa-Tapak Pasar Malam Jalan Orkid, Tapak Penjaja Jalan Seroja dan Tapak Penjaja Jalan Bunga Kertas.
    2. Bukit Beruntung-Tapak Penjaja Jalan Kantan
    3. Batang Kali-Tapak Pasar Pagi Taman Seri Batang Kali

Lampiran

Tiada Lampiran.