Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

205) TAPAK PEMBUANGAN SISA BINAAN DAN INDUSTRI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan lokasi tapak pembuangan sampah sisa binaan dan industri di Selangor?

    1. Terdapat tujuh (7) lokasi tapak yang boleh melupuskan pembuangan sisa binaan di Negeri Selangor iaitu:-

     

    BIL. Tapak Pelupusan Kendalian
    1. Tapak Pelupusan Sisa Lengai

    Dengkil

    Worldwide Holdings Berhad.
     

    2.

    Tapak Pelupusan Sisa Lengai Kuang Worldwide Holdings Berhad.
    3. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sg.

    Kertas

    Worldwide Holdings Berhad.
    4. Tapak Pelupusan Secara Terbuka

    Bukit Beruntong

    Majlis Daerah Hulu Selangor
    5. Tapak Pelupusan Secara Terbuka

    Sungai Sabai

    Majlis Daerah Hulu Selangor
    6. Tapak Pelupusan Secara Terbuka

    Panchang Bedena

    Majlis Daerah Sabak Bernam
     

     

    7.

     

    Tapak Pelupusan Sisa Lengai Semenyih

    Majlis Perbandaran Kajang dan syarikat Misi Restu (Walau bagaimanapun dalam proses permohonan tapak baru kerana

    ada isu aduan.

  2. Apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan sampah haram dari sisa binaan dan industri?

    Kerajaan Negeri melalui keputusan MMKN Ke 12/2015 pada 25 Mac 2015 berkaitan Pelan Pengurusan Sisa Pembinaan Bersepadu Negeri Selangor iaitu bersetuju inisiatif untuk mewujudkan Pelan Pengurusan Sisa Pembinaan Bersepadu Negeri Selangor. Sehubungan itu, PBT diminta untuk mengenal pasti tanah negeri yang bersesuaian untuk tujuan melupuskan sisa binaan di

     

    kawasan masing-masing contohnya yang dilaksanakan oleh MPKJ iaitu Tapak Pelupusan Sampah Pukal Misi Restu Lot 1302 Sg. Kacau Mukim Semenyih yang dikendalikan oleh syarikat Misi Restu Sdn. Bhd. Namun tapak tersebut dalam proses memohon tapak baru berikutan aduan yang diterima terhadap aktiviti tersebut.

     

    Walau bagaimanapun, ada PBT yang masih menggunakan tapak pelupusan sisa lengai sedia ada yang hampir di kawasan masing-masing seperti Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sungai Kertas, Tapak Pelupusan Sisa Lengai Kuang dan Tapak Pelupusan Sisa Lengai Dengkil berikutan penggunaan sumber  tanah yang terhad.

Lampiran

Tiada Lampiran.