Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

29) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI SELURUH SELANGOR KHUSUSNYA DI TWIN PALM BANDAR SG. LONG DAN BLACK WATER DI BANDAR MAHKOTA CHERAS, KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengatasi isu ini?

    Pihak Kerajaan Negeri melalui PBT dan PDT sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan penguatkuasan ke atas tapak-tapak sampah haram yang ada di Selangor mengikut bidang kuasa masing-masing. Bagi tanah-tanah yang berstatus hak milik seperti di Black Water Lake dan Twin Palm, selain daripada pengeluaran kompaun oleh PBT, PDT juga telah mengambil tindakan mengeluarkan Notis 7A pada 23 Jun 2022 kepada pemilik tanah Black Water Lake dan 26 Oktober 2023 kepada pemilik tanah Twin Palm. Ketika ini, pemilik tanah Black Water Lake sedang dalam proses meremedi / membaiki tanah dengan pemantauan ketat oleh PDTHL dan MPKj. Bagi tanah Twin Palm pula, masih belum di remedi kerana isu tanah yang masih belum selesai.

  2. Adakah tindakan ini telah berhasil?

    Kaedah perampasan dilihat sebagai kaedah yang terbaik untuk penyelesaian Illegal Dumpsite. Walau bagaimanapun, kaedah ini mengambil masa yang terlalu lama dan melibatkan kos yang tinggi terutamanya sekiranya tanah yang dirampas tersebut perlu di remedi. Pihak Kerajaan Negeri akan menyemak dan meneliti cadangan untuk menambah baik Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah-Sarap bagi membolehkan pihak Kerajaan Negeri mengenakan tindakan ke atas operator yang mengoperasikan tapak sampah tersebut selain mengenakan tindakan ke atas pemilik tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.