Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

129) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tapak pembuangan sampah haram di Kuala Selangor yang telah dikenalpasti sehingga tahun 2024?

    Tapak-tapak yang dikenalpasti sebagai tapak pembuangan sampah haram dalam daerah Kuala Selangor adalah sebanyak 17 tapak dan tapak-tapak ini adalah berstatus tanah hakmilik yang sebenarnya pembuangan sampah tersebut dijadikan sebagai tambakan tapak di atas lot-lot tanah hakmilik tersebut.Kawasan yang terlibat seperti di Kampung Sri Sentosa, Kampung Sri Aman dan kawasan-kawasan sekitar mukim Ijok yang berkedudukan rendah dan kerap ditenggelami air ketika musim banjir berlaku dijadikan sebagai faktor utama alasan kegiatan tersebut.

  2. Apakah tindakan yang telah dikenakan terhadap tapak-tapak berkenaan oleh pihak berkuasa?

    Tindakan awal pencegahan perlu dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) berdasarkan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan kacau ganggu dan pencemaran-pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti ini di bawah bidang kuasa Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan MPKS dengan mengenakan tindakan kompaun yang berkaitan.Tindakan susulan yang berkaitan undang-undang tanah telah diambil oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.

  3. Apakah tindakan susulan pihak kerajaan untuk melestarikan semula tapak-tapak sampah haram ini?

    Bagi keadaan tapak-tapak tanah hak milik yang terlibat dengan tapak pembuangan sampah haram, adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk melestarikan tanah-tanah hakmilik setiap individu.

Lampiran

Tiada Lampiran.