Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
135) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SG. SEDU, KUALA LANGAT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tapak pelupusan sisa pepejal Sungai Sedu, Kuala Langat hanya dapat menampung sampah sehingga akhir tahun ini sahaja. Sebelum ini, Hutan Simpanan Kuala Langat Selatan yang telah dicadangkan untuk dijadikan tapak pelupusan sisa pepejal telah pun menerima bantahan daripada pihak tertentu. Jika kerajaan negeri masih gagal mendapatkan tempat yang sesuai untuk menggantikan tapak tersebut, bagaimanakah kerajaan akan menguruskan hal ini?
-
Selain daripada menimbus sampah dengan tanah, adakah cara-cara lain yang moden untuk menguruskan sampah-sarap dengan berkesan tanpa pencemaran?