Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
225) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SG. SEDU, KUALA LANGAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sanitary Landfill Tanjung Dua Belas telah dibuka dan digunakan bagi menggantikan tapak pelupusan sisa pepejal Sg. Sedu, Kuala Langat. Akan tetapi, tapak pelupusan di Sg.Sedu ini yang tidak digunakan lagi, tidak diuruskan dengan baik misalnya sampah tidak ditutup dan sebagainya. Oleh sebab itu, tapak tersebut masih mengeluarkan bau busuk dan terus menjejas kehidupan penduduk berhampiran. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?
- Tapak pelupusan terbuka di Sungai Sedu adalah di bawah seliaan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan dibantu oleh Alam Flora Sdn Bhd. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tapak ini dioperasikan di atas tanah milik persendirian yang
Sehubungan itu, sehingga kini Kerajaan Negeri tidak mengambil sebarang langkah untuk menutup selamat tapak pelupusan terbuka ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada pihak MDKL agar menulis surat kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, KPKT dan memohon peruntukan untuk menutup selamat tapak pelupusan ini.
-
Apakah langkah-langkah pencegahan dan teknologi yang akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan masalah yang sama berlaku di Sanitary Landfill Tanjung Dua Belas?
- Tapak pelupusan Tanjung Dua Belas yang dibangunkan dan dioperasikan oleh Worldwide Holdings Berhad ini merupakan tapak pelupusan yang diuruskan secara sanitari yang mana ia dilengkapi dengan sel-sel yang berliner bagi mengelakkan pencemaran air, pengurusan leachate, pengurusan gas, pemantauan air bawah tanah dan dipantau secara berkala oleh golongan
Ini amat berbeza dengan situasi di tapak pelupusan terbuka Sungai Sedu yang menerima sisa pepejal tanpa dilengkapi dengan sebarang teknologi seperti yang dinyatakan sebelum ini. Oleh itu kebarangkalian untuk timbul masalah seperti mana yang wujud di Sungai Sedu adalah tipis.