Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
275) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Teknologi satelit dan dron mengesan sebanyak 4,884 tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara termasuk 1,298 di Selangor. Bagaimanakah kerajaan menangani dan mengatasi masalah ini?
Hasil pemeriksaan PBT menunjukkan kategori tapak pelupusan haram yang dikenal pasti antaranya adalah longgokan sisa kebun, longgokan sisa domestik skala kecil di tanah persendirian, sisa binaan berskala kecil di tanah persendirian, sisa industri di premis kilang, kereta buruk di depoh tunda PBT, depoh tong roro, depoh barang lusuh, bengkel kenderaan, stor bahan binaan, kayu buruk, besi buruk, kawasan lapang, tapak bina dan tanah kosong.
Justeru itu, PBT juga telah mengeluarkan surat arahan kepada pemilik tanah terbabit antaranya seperti syarikat Sime Darby, Telekom Malaysia (TM), syarikat pemaju, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain supaya memantau dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di tanah masing-masing. Manakala longgokan sampah seperti di rezab jalan atau rezab sungai telah diambil tindakan pembersihan oleh PBT termasuk kerjasama masyarakat setempat.
PBT sentiasa berusaha menjalankan pemantauan berkala dan rondaan khususnya di lokasi hotspot dan akan mengambil tindakan segera melalui operasi bersepadu bersama-sama agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah Tanah dan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi yang berkaitan.