Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
185) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila beri perincian tapak pelupusan sampah, termasuk kapasiti, dan jangkaan hayat.
Pada masa ini, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai dua (2) buah tapak pelupusan sanitari, sebuah transfer station sampah, tiga (3) buah tapak pelupusan sisa lengai dan tiga (3) buah tapak pelupusan sampah secara terbuka. Tapak-tapak tersebut adalah seperti di Lampiran 1.
Lampiran 1
Tapak Pelupusan Kapasiti Tahun Operasi Jangka hayat Kendalian Tapak Pelupusan Sanitari Jeram,
Kuala Selangor
2700 tan/hari 2007 Sehingga Disember 2016 Worldwide Holdings Berhad
Tapak Pelupusan Sanitari Tanjong Duabelas,Kuala Langat.
400 tan/hari 2010 Sehingga tahun 2050 Worldwide Holdings Berhad
Transfer Station Seksyen 21, Shah
Alam
1200 tan/hari 2007 Konsesi Selama 25 Tahun
Worldwide Holdings Berhad
Tapak Pelupusan Sisa Lengai
Dengkil
200 tan/hari 2004 Konsesi selama 20 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Sisa Lengai
Kuang
120 tan/hari 2007 Konsesi selama 20 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sg. Kertas
20 tan/hari 2011 Konsesi selama 10 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Secara Terbuka Bukit Beruntong
100-120 tan/sehari 2007 Sehingga tahun 2018 Majlis Daerah Hulu Selangor Tapak Pelupusan Secara Terbuka
Sungai Sabai
80-100 tan/sehari 2001 Sehingga tahun 2018 Majlis Daerah Hulu Selangor Tapak Pelupusan Secara Terbuka
Panchang Bedena
60 tan/sehari 1984 Sehingga tahun 2023 Majlis Daerah Sabak Bernam ***SUMBER: WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD & PBT
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk tapak baru, atau kaedah alternatif untuk pelupusan sampah?
Kerajaan Negeri sedang merancang dan meneroka beberapa teknologi baru bagi mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah contohnya sistem sokongan seperti loji “Material Recovery Facility” (MRF), loji pengkomposan, loji “Waste to Energy” dan seumpamanya. Kerajaan Negeri juga sedang meneliti cadangan untuk memulih tapak pelupusan secara terbuka kepada tapak pelupusan sanitari. Di samping itu juga kempen-kempen untuk menggalakkan kitar semula juga giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bertujuan untuk mengurangkan kadar sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan.