Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
236) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jumlah tapak pelupusan sampah di Selangor yang berkelulusan dan tidak berkelulusan dan dimanakah lokasinya?
Pada masa ini, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai sembilan (9) buah tapak pelupusan iaitu dua (2) buah tapak pelupusan sanitari, sebuah transfer station sampah, tiga (3) buah tapak pelupusan sisa lengai dan tiga (3) buah tapak pelupusan sampah secara terbuka. Tapak-tapak tersebut adalah seperti di Lampiran 1.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tapak pelupusan yang beroperasi secara haram. Namun pihak Kerajaan Negeri tiada maklumat tepat mengenainya, contohnya di Jalan Nenas Sungai Kertas, Sg. Pusu, Rahman Putra, dan Sg. Bakau di Majlis Daerah Hulu Selangor.
Lampiran 1
Tapak Pelupusan Kapasiti Tahun Operasi Jangka hayat Kendalian Tapak Pelupusan Sanitari Jeram,
Kuala Selangor
2700 tan/hari 2007 Sehingga Disember 2016 Worldwide Holdings Berhad
Tapak Pelupusan Sanitari Tanjong Duabelas,Kuala Langat.
400 tan/hari 2010 Sehingga tahun 2050 Worldwide Holdings Berhad
Transfer Station Seksyen 21, Shah
Alam
1200 tan/hari 2007 Konsesi Selama 25 Tahun
Worldwide Holdings Berhad
Tapak Pelupusan Sisa Lengai
Dengkil
200 tan/hari 2004 Konsesi selama 20 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Sisa Lengai
Kuang
120 tan/hari 2007 Konsesi selama 20 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sg. Kertas
20 tan/hari 2011 Konsesi selama 10 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Secara Terbuka Bukit Beruntong
100-120 tan/sehari 2007 Sehingga tahun 2018 Majlis Daerah Hulu Selangor Tapak Pelupusan Secara Terbuka
Sungai Sabai
80-100 tan/sehari 2001 Sehingga tahun 2018 Majlis Daerah Hulu Selangor Tapak Pelupusan Secara Terbuka
Panchang Bedena
60 tan/sehari 1984 Sehingga tahun 2023 Majlis Daerah Sabak Bernam ***sumber: Worldwide Holdings Berhad & PBT
-
Apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah tapak pelupusan sampah tidak berkelulusan yang kian berleluasa dan menyebabkan pelbagai masalah tempatan.
Masalah pembuangan sampah haram ini adalah berikutan tapak pelupusan yang berada jauh dari kawasan berkenaan serta kapasiti sampah yang melampau menyebabkan kelewatan kutipan. Selain daripada itu ada sesetengah penduduk lewat mengeluarkan sampah dan yang merumitkan sampah ditinggalkan di dalam kawasan rumah yang berkunci. Kos Tipping Fee yang tinggi juga menyebabkan sampah berkenaan di buang di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras dan memantau pusat pelupusan sampah haram ialah:-
- Menggiatkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pembuangan sampah haram, selain itu ada PBT yang telah menubuhkan “Unit Flying Squad” bagi melakukan aktiviti pemantauan secara berkala;
- Penguatkuasaan oleh agensi-agensi berkenaan ke atas individu yang membuka, mengurus dan membuang sampah di tapak-tapak sampah haram;
- Penstrukturan semula kawasan penyeliaan berpandukan kepada tenaga kerja yang ada;
- Pemantauan oleh Bahagian Kawal Selia, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Penguatkuasaan Undang-Undang.