Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

199) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua tapak pelupusan sampah di Selangor dan tempoh jangka hayat.

    Pada masa ini, terdapat sebanyak sembilan (9) pusat pelupusan sampah di Negeri Selangor dan maklumat terperinci adalah seperti berikut:

     

     

    BIL.

    TAPAK PELUPUSAN ANGGARAN JUMLAH SISA (TAN/HARI) PBT KELUASAN TANAH JANGKA

    HAYAT

    OPERATOR
    MULA TAMAT
    1. Tapak Pelupusan Sanitari Jeram  

     

     

     

    3,100

    MBSA 293 ekar 2007 2027 Worldwide Holdings Berhad
    MBPJ
    MPSJ
    MPS
    MPK
    MPAJ
    MDKS
    Sisa Industri
    2. Tapak Pelupusan Sanitari Tanjung Duabelas 1,600 MBSA 160 ekar 2010 2027 Worldwide Holdings Berhad
    MPSJ
    MPKj
    MPSp
    MDKL
    Putrajaya
    KLIA
    3. Tapak Pelupusan Terbuka Pancang Bedena 80 MDSB 25 ekar 2016 2026 Worldwide Holdings Berhad
    4. Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar 400 MPS

    MDHS

    400 ekar 2006 2047 Berjaya KUB
     

     

    5.

    Tapak Pelupusan Sisa Lengai Dengkil 250 MBSA 140 ekar 2004 2029 Worldwide Holdings Berhad
    MBPJ
    MPSJ
    MPKj
    MPAJ
    MPSp
    PJC
    6. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Kuang 290 MBSA 27 ekar 2007 2022 Worldwide Holdings Berhad
    MBPJ
    MPS
    7. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sg Kertas 350 MPS 14 ekar 2011 2018 Worldwide Holdings Berhad
    MPAJ
    8. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Pulau Ketam 2 tan/ minggu Penduduk Pulau Ketam 0.4 ekar 2015  

    2020

    Hebat Abadi Sdn Bhd
    9. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Misi Restu Sdn Bhd 270 MPKj 42 ekar 2016  

    2030

    Misi Restu Sdn Bhd
  2. Apakah pelan jangka masa panjang tapak pelupusan sampah pada masa hadapan?

    Untuk tempoh jangka masa panjang, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 16/2016 yang diadakan pada 11 Mei 2016 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 17/2016 pada 18 Mei 2016 telah menimbang dan bersetuju supaya anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) menerajui usaha untuk membangunkan dan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) bersebelahan dengan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram (TPSJ) Kuala Selangor.

    Untuk makluman, ISWMC adalah satu sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menyeluruh merangkumi fasiliti atau kemudahan seperti berikut:

    • Loji Waste To Energy (WTE);
    • Loji Kitar Semula;
    • Loji Pencernaan Anerobik (AD);
    • Loji Kompos;
    • Loji Kitar Semula Sisa Binaan; dan
    • Pusat Penyelidikan & Pembangunan

    Dengan adanya ISWMC ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain yang dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.