Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
201) TAPAK PASAR MALAM PAYA JARAS, JALAN KUALA SELANGOR, SUNGAI BULOH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf kemudahan untuk peniaga dan pengunjung di tapak pasar malam tersebut?
Pihak Majlis ketika ini hanya menjalankan kerja-kerja tampalan jalan sahaja.
-
Bilakah penurapan kali terakhir dilaksanakan?
Kerja-kerja penampalan jalan di kawasan pasar tersebut kali terakhir dilakukan adalah pada 6 Mei 2023 oleh kerana tapak tersebut digunakan sebagai tapak Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Petaling
-
Siapakah pihak yang dipertanggungjawabkan mengurus dan menyelenggara tapak tersebut?
Projek menaiktaraf membina bazar perniagaan di tapak cadangan ini terpaksa ditangguhkan berikutan isu-isu kesukaran mendapatkan tapak bagi penempatan sementara kepada pekedai-pekedai PLB sediada dan peniaga-peniaga pasar malam yang berjumlah 30 buah syarikat.
Tapak Pasar Malam Paya Jaras merupakan salah satu tapak Pasar Malam yang diuruskan oleh Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK), Paya Jaras Seksyen U19. Kelulusan bagi pengoperasian Pasar Malam ini telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA. Pihak Majlis juga membantu dalam aspek penyelenggaraan dan penambahbaikan tapak dibuat berdasarkan kepada peruntukan yang ada dari masa ke semasa.