Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

98) TAPAK PARKIR KENDERAAN BERAT DI DUN SERI KEMBANGAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan tanah yang berpotensi untuk menjadikan parkir kenderaan berat di kawasan DUN Seri Kembangan.

    Kawasan tapak industri :

     

    • Jalan BS 7/7, Taman Bukit Serdang Sek. 9 seluas 7.65 ekar dengan anggaran tempat letak kenderaan berjumlah 142 petak.
    • Jalan Perindustrian PP 8, Taman Perindustrian Putra Permai seluas 11.03 ekar dengan anggaran tempat letak kenderaan berjumlah 236 petak.
    • Jalan Cemara, Taman Bukit Serdang Sek. 10 seluas 2.08 ekar dengan anggaran tempat letak letak kenderaan berjumlah 41 petak.
  2. Sila nyatakan proses untuk memohon sesebuah tapak untuk menjadikan parkir kenderaan berat.

    Proses untuk memohon sesebuah tapak untuk menjadikan parkir kenderaan berat :

     

    1. Mengenal pasti lokasi yang sesuai
    • Mengambil kira faktor seperti akses keluar masuk, jauh daripada kawasan perumahan dan tidak menggangu lalu lintas.

     

    2.Menyemak garis panduan yang diguna pakai

    • Garis Panduan Teknikal Kenderaan Berat yang disediakan oleh PlanMalaysia pada tahun 2012 digunapakai sebagai panduan.

     

    3.Penyediaan pelan tapak dan dokumen sokongan

    • Pelan tapak yang terperinci – termasuk susun atur parkir.

     

    4.Memohon lesen pendudukan sementara

    • Lesen pendudukan sementara hendaklah dipohon kepada Pejabat Daerah dan Tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.