Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

100) TAPAK PARKIR DAN PASAR TAMAN SRI MUDA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembinaan parkir dan pasar baru untuk peniaga di Taman Sri Muda, seksyen 25 terlalu lambat dimulakan: Huraikan kenapa ia lambat di bina sedangkan majlis sudah mempunyai peruntukan sebanyak RM4 juta dalam belanjawan 2011

    Cadangan pembinaan Pasar Awam Taman Sri Muda telah dirancangkan melalui cadangan usahasama penswastaan MBSA dengan Taway Sdn Bhd.

    Walaubagaimanapun cadangan tersebut dibatalkan pada 2008. Cadangan untuk melaksanakan sendiri tapak tersebut dirancang pada 2010 dengan anggaran kos pembinaan berjumlah RM 7juta dan akan mengambil masa 24 bulan untuk dilaksanakan.

    Semasa penyediaan dokumen sedang dilakukan , urusetia mendapati tapak tersebut masih belum diserahkan kepada pihak Majlis oleh Tetuan New Acres Sdn Bhd.  Syarikat tersebut pula didapati telahpun gulung tikar dan asset serta harta syarikat tersebut dibawah pegangan Amanah Raya Berhad untuk tindakan selanjutnya. Oleh yang demikian pihak Majlis mendapati adalah tidak wajar untuk membina sebuah pasar di atas tanah yang belum lagi menjadi pegangan pihak Majlis. Pihak Majlis akan membuat permohonan perwartaan tapak ini memandangkan pemilik terkini tapak tersebut tidak dapat dikealpasti pemiliknya di masa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.