Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
67) TAPAK OPERASI INDUSTRI HALAL SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di manakah kawasan yang telah diwartakan sebagai lokasi bersepadu bagi industri halal Negeri Selangor?
Pulau Indah Selangor Halal Hub (Hab Halal Selangor, Pulau Indah) adalah kawasan yang telah diwartakan sebagai lokasi bersepadu bagi industri Halal Negeri Selangor. Zon yang ditetapkan telah dibangunkan oleh Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) untuk pengeluaran, pembuatan dan pemprosesan produk halal untuk pemasaran global pada tahun 2003. Menjangkau lebih 700 ekar, keluasan lot industri untuk jualan ialah 450 ekar, Hab Halal Selangor telah menjadi salah satu pembangunan paling menonjol yang mampu menarik pelaburan dan menjadikan Selangor sebagai pilihan utama untuk perdagangan halal global. Kawasan tersebut telah sepenuhnya dijual dan sebahagian telah dibangunkan oleh syarikat yang membeli secara pegangan pajakan. Jawatankuasa Tetap Industri Halal Selangor sedang mengambil usaha dalam menjalankan rundingan bersama anak syarikat kerajaan negeri untuk mendapatkan kawasan-kawasan baharu untuk pembangunan industri halal di negeri Selangor.
-
Adakah telah ada pihak-pihak yang berminat bagi melaksanakan operasi di kawasan tersebut?
Berikut merupakan senarai syarikat yang telah beroperasi penuh adalah seperti berikut diantaranya:
- Oleon Port Klang Sdn Bhd;
- F&N Diaries Sdn Bhd;
- Ramly Food Industries Sdn Bhd;
- Longson Sdn Bhd;
- Sydney Cake House Sdn Bhd;
- Kawan Food Manufacturing Sdn Bhd;
- Scientex Great Wall Sdn Bhd;
- Mewah Diaries Sdn Bhd;
- Sarafiah Sdn Bhd, NHF Sdn Bhd;
- Polygold Beverages Sdn Bhd; dan
- CPL Aroma Sdn Bhd.
-
Apakah status pendudukan tanah bagi pihak yang bakal beroperasi di situ serta bagaimanakan kaedah pemberian status tersebut?
Status pendudukan tanah bagi pihak yang beroperasi, tanah pegangan pajakan (leasehold) 99 tahun, tempoh pajakan masih berbaki sebanyak 74 tahun. 50 peratus daripada kawasan tersebut telah dibangunkan (beroperasi) manakala baki 50% masih belum dibangunkan. Pulau Indah Selangor Halal Hub (Hab Halal Selangor, Pulau Indah) telah dibangunkan dalam 2 fasa iaitu:
Fasa 1 (tahun 2003) – 300 ekar
Fasa 2 (tahun 2006) – 400 ekar.