Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

89) TAPAK KUIL HINDU DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tapak kuil ini terletak di antara Taman Sri Nanding dan Taman Lagenda Suria di Hulu Langat. Penghuni kedua-dua taman ini lebih 90% adalah terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam. Tapak kuil ini pula terlalu hampir dengan perumahan dan mendapat bantahan keras daripada penduduk. Adakah Kerajaan Negeri akan memindahkan tapak kuil ini ke kawasan yang lebih sesuai?

    Tapak tempat ibadat bukan Islam telah dirizabkan dalam pelan susun atur Taman Lagenda Suria pada 29 September 2001 dan pemberimilikan tanah telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Persatuan Sri Mahamuthu Mariaman Alayam Dusun Nanding dan dokumen hakmilik didaftarkan pada 29 Januari 2004.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.