Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

164) TAPAK KEJADIAN PEMBUNUHAN HENRY GURNEY DI SELEKOH BUKIT FRASER

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status permohonan peruntukan Kementerian Pelancongan untuk mewujudkan tempat letak kereta yang berdekatan dengan tapak kejadian pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney di selekoh Bukit Fraser bagi memudahkan orang ramai dan pelancong luar bersinggah.

    Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah menyediakan Projek Brief dan permohonan secara rasmi telah disampaikan kepada pihak Kementerian Pelancongan Malaysia untuk pertimbangan sewajarnya di dalam Program Rancangan Malaysia Ke – 11.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah monumen bersejarah untuk menyingkap kembali tragedi berdarah di selekoh Bukit Fraser yang merupakan tapak kejadian pembunuhan Henry Gurney? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor tidak berhasrat menambah monumen di kawasan berkenaan kerana kekangan dari segi ruang selain keadaan semasa kawasan berkenaan terletak di selekoh “S”. Pihak MDHS juga berpendapat, penambahan monumen akan mengubah rupa kawasan berkenaan yang tinggi nilai dari segi sejarah dan pemandangan yang indah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.